PROGRAM KEUSAHAWANAN ONLINE PUSAT INTERNET-SIRI 2

Pada 15 Ogos 2020 yang lalu, Pusat Internet Felda Bukit Puchong telah mengadakan Program Keusahawanan Online Siri Ke-2 dan program ini di adakan adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi cabang perniagaan usahawan-usahawan yang telah di bantu dan di bimbing selama ini oleh Pusat Internet Felda Bukit Puchong mengorak langkah dalam menggunakan platform pasaran yang lagi besar seperti Lazada dan Shopee.

Berbeza sedikit untuk siri ke-2 ini, rata-rata usahawanita yang menghadiri Program Keusahawanan Online adalah terdiri daripada usahawan-usahawan yang terlibat dalam menghasilkan produk hiliran asastani iaitu sektor pembuatan makanan seperti penghasilan kerepek pisang dan ubi, ikan atau daging perkasam dan lain-lain lagi.

Dengan adanya Program Keusahawanan Online ini, kami berharap dapatlah usahawan-usahawan yang terlibat mengembangkan lagi perusahaan dan meningkatkan lagi hasil jualan dengan menggunakan platform seperti Lazada dan Shopee ke satu tahap yang boleh di banggakan serta membantu meningkatkan ekonomi keluarga masing-masing.

000000000abc5

000000000abc6

000000000abc7

000000000abc8