0000000000000abc107

GERAK GEMPUR ADVOKASI HFMD DAERAH BERA

Pada 20 Jun 2022 yang lalu, Jabatan Kesihatan Daerah Bera telah melakukan program Gerak Gempur Advokasi HFMD di seluruh sekolah rendah di dalam daerah Bera, ini termasuklah Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Bukit Puchong.

Selain daripada sekolah rendah, JKN Daerah Bera turut sama pergi ke maahad tahfiz, tabika, taska dan juga pusat jagaan kanak-kanak serta masjid.

Tujuan utama program ini di buat adalah untuk memastikan mereka iaitu ibubapa, guru dan pengasuh kanak-kanak mendapat maklumat yang secukupnya berkaitan penyakit HFMD seterusnya mencegah penularan HFMD melibatkan kanak-kanak tersebut.

Ini adalah kerana kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri Pahang telah meningkat enam kali ganda iaitu 1,145 kes sehingga 7 Mei lalu berbanding hanya 190 kes dalam tempoh sama tahun 2021.

GAMBAR

0000000000000abc106