000000000covid2

ANDA DINASIHATKAN:

TIDAK PERLU BERKUNJUNG ATAU MASUK JIKA TIADA URUSAN.

TIDAK MEMBAWA KANAK-KANAK MASUK KE PUSAT INTERNET.

TIDAK PERLU BERKUNJUNG ATAU MASUK JIKA MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN TERUTAMANYA BERKAITAN DENGAN PERNAFASAN.

TIDAK MASUK JIKA HANYA UNTUK MENONTON VIDEO DI YOUTUBE ATAU SEBAGAINYA.

TIDAK BERSENTUHAN DENGAN PENGUNJUNG YANG LAIN.

URUSKAN MASA ANDA SEMASA MENGUNJUNG PUSAT INTERNET UNTUK URUSAN YANG PENTING SAHAJA.

PASTIKAN MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH PEMBERSIHAN YANG DIANJURKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN DAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA.

BERDISIPLIN DENGAN USAHA PENCEGAHAN PENULARAN CORONA VIRUS (COVID-19)

Harap Maaf, Kesulitan Amatlah dihargai demi tanggungjawab bersama

001jomsihat5

TARIKH : 23 DISEMBER 2018

MASA : 08.00 PAGI – 01.00 PETANG

LOKASI : PUSAT INTERNET FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : SELURUH KOMUNITI PENDUDUK FELDA BUKIT PUCHONG

PROGRAM : JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET FELDA BUKIT PUCHONG

TUJUAN    

Program JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET FELDA BUKIT PUCHONG adalah bertujuan untuk melahirkan warga komuniti yang peduli tentang penjagaan kesihatan diri di samping peduli dengan kepentingan menguasai teknologi maklumat dengan menggunakan internet.

AKTIVITI

Bagi memeriahkan program ini, pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong melalui Ahli Jawatankuasa Pusat Internet telah berkerjasama dengan Jabatan Kesihatan Daerah Bera khasnya Pegawai Perubatan iaitu Doktor Visnavaram telah bersetuju untuk menjadi fasilitator program tersebut.

Di mulakan dengan aktiviti senamrobik oleh kakitangan Jabatan Kesihatn Daerah Bera bersama dengan warga penduduk Felda Bukit Puchong dan seterusnya aktiviti pemeriksaan kesihatan kepada peserta program ini.

Slot ceramah kesihatan pula mengambil tempat di mana ia di sampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bera iaitu Doktor Visnavaram yang mana beliau ini adalah individu yang tidak asing lagi bagi warga penduduk Felda Bukit Puchong kerana beliau bertugas di Klinik Kesihatan Felda Bukit Mendi.

Selain daripada itu, pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong turut mengadakan sesi Demo Makanan Berkhasiat, Booth Pameran, Jualan Usahawan dan Kuiz Kesihatan.

Bagi menggalakan penyertaan warga penduduk, kami turut mengadakan pertandingan Menu Sihat, Gubahan Buahan, Reka Poster Kesihatan, Boling Kelapa, Dekorasi Donut dan Jahitan Bantal Viral.

FOTO

001jomsihat6

001jomsihat7

001jomsihat1

001jomsihat2

001jomsihat3

001jomsihat4

 

000000000covid3

Berikutan kepada penularan Virus Covid 19 yg semakin berleluasa sehingga ke hari ini, diminta semua petugas mengambil langkah-langkah yang perlu diambil dan di praktikkan setiap hari :

  1. Langkah Penjagaan Setiap Hari
  2. a) Memastikan PI sentiasa dalam keadaan bersih
  3. b) Petugas mestilah sentiasa mengamalkan mencuci tangan dengan kerap menggunakan air dan sabun serta memakai Hand Sanitizer
  4. c) Menjarakkan 1 meter dengan individu lain
  5. d) Amalkan meletak tangan di dada sebagai menggantikan bersalaman
  6. e) Mengamalkan etika batuk/bersin dengan baik
  7. f) Memastikan minum air dengan seberapa kerap yang boleh untuk mengelakkan tekak kering
  8. g) Memastikan rekod komuniti yang hadir lengkap dan diisi bagi setiap yang hadir untuk kita kenal pasti kontak sekiranya berlaku jangkitan
  9. Kes Balik Dari Luar Negara
  10. a) Memaklumkan kepada Wilayah dan HQ sebaik pulang dari sana
  11. b) Menjalankan saringan awal di Klinik /Hospital, dan sijil kuarantin 14 hari (direkodkan dibawah Cuti Tanpa Rekod)
  12. c) Sekiranya mempunyai gejala batuk, selsema dan demam sila terus mendapatkan rawatan di Klinik/Hospital
  13. Kes PUI/Kontak
  14. a) Memaklumkan kepada Wilayah dan HQ dengan segera untuk menjalankan aktiviti pembersihan keseluruhan
  15. b) Petugas dikehendaki melakukan saringan awal di Klinik /Hospital dan dapatkan sijil kuarantin 14 hari (dibawah cuti tanpa rekod)
  16. c) Kenal pasti senarai komuniti yang datang ke PI sebagai kontak awal dan nasihat untuk buat pemeriksaan/kuarantin di rumah
  17. d) Sekiranya mempunyai gejala batuk, selsema dan demam sila terus mendapatkan rawatan di Klinik/Hospital
  18. 000000000covid1

1hfmdposter

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.