(Gambar di ambil dari portal Kementerian Kesihatan Malaysia)
TARIKH : 25 FEBRUARI 2018
MASA : 10 PAGI
LOKASI : PERKARANGAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA BUKIT PUCHONG
PESERTA : PETUGAS PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA BUKIT PUCHONG
TUJUAN
Jabatan Kesihatan Daerah Bera melalui Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor telah membuat pemeriksaan rawak di premis Pusat Internet 1Malaysia Felda BUkit Puchong bagi mencegah penularan wabak demam denggi yang sedang melanda di Felda Bukit Puchong ketika ini kerana dalam minggu ini sahaja 3 kes serangan demam denggi di catatkan dan seterusnya mengisytiharkan kawasan Felda Bukit Puchong sebagai kawasan hitam demam denggi.
AKTIVITI
Pegawai pemeriksa telah melakukan beberapa pemeriksaan kawasan di seluruh bangunan atau premis Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong.
Para pemeriksa dari Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor agak berpuashati dengan tahap kebersihan keseluruhan kawasan Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong dan sempat menasihatkan kami agar mengekalkan tahap kebersihan sedia ada.
Mereka turut menasihatkan seluruh warga penduduk Felda Bukit Puchong, agar menjaga kebersihan rumah serta premis dan segera menjauhi aktiviti sosial dan lain-lain lagi pada waktu senja di mana nyamuk Aedes sangat aktif bagi mengelakkan terjadinya serangan demam denggi ini.
FOTO