klinik

SEJARAH PENUBUHAN KLINIK DESA FELDA BUKIT PUCHONG.

Klinik ini bermula daripada sebuah badan kerajaan sejak tahun 1971, seiring dengan pembukaan kawasan penempatan Felda Bukit Puchong. Pengubahsuaian rumah tersebut kepada klinik desa memakan masa beberapa tahun demi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan. Tahun bersilih ganti, begitu juga dengan kehadiran jururawat di klinik desa ini dan terkini ia dikendalikan oleh JM Mawarni Bt. Ismail dan JM Noor Shaniza Bt. Shafie.

KEMUDAHAN KESIHATAN

Terdapat hanya sebuah klinik desa di dalam Kampung Felda Bukit Puchong. Ia adalah di bawah naungan Poliklinik Kesihatan Felda Bukit Mendi. Klinik ini memberikan perkhidmatan kesihatan yang merangkumi penduduk di Felda ini dan juga masyarakat orang Asli yang datang dari perkampungan Kampung Sungai Tuang yang terletak hampir 4 km dari Felda Bukit Puchong.

LOKASI

Klinik Desa Felda Bukit Puchong ini terletak berhampiran dengan Masjid Ihsaniah Felda Bukit Puchong, Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Bukit Puchong dan Balai raya JKKK Felda Bukit Puchong. Jarak di antara Klinik Desa ini dengan Poliklinik Kesihatan Felda Bukit Mendi sejauh 4 km dan jarak bagi Poliklinik Kesihatan Daerah Bera ialah sejauh 45 km.

KEMUDAHAN

  •    Keluasan Klinik Desa Felda Bukit Puchong ini ialah 30 kaki X 20 kaki.
  •    Ruang menunggu.
  •    Kaunter pendaftaran.
  •    Bilik pemeriksaan kesihatan.
  •    Ruang untuk suntikan.
  •    Sudut DOTS.
  •    Sudut ORS.
  •    Sudut penyusuan.
  •    Sudut bacaan.
  •    Makmal.
  •    Tandas.
  •    Sudut senaman gerantologi (warga emas)
  •    Laluan Refleksologi.
  •    Taman Herba.
  •    Taman Bunga.
  •    Kolam ikan.
  •    Ruang permainan kanak-kanak.

AKTIVITI YANG DI JALANKAN DI KLINIK DESA FELDA BUKIT PUCHONG

  •    Mengendalikan klinik kesihatan ibu dan anak.
  •    Klinik perancang keluarga.
  •    Ibu bersalin.
  •    Penjagaan ibu selepas bersalin.
  •    Rawatan pesakit luar.
  •    Rawatan DOTS.
  •    Rawatan Gerantologi (klinik warga emas).