Berikutan kepada penularan Virus Covid 19 yg semakin berleluasa sehingga ke hari ini, diminta semua petugas mengambil langkah-langkah yang perlu diambil dan di praktikkan setiap hari :
- Langkah Penjagaan Setiap Hari
- a) Memastikan PI sentiasa dalam keadaan bersih
- b) Petugas mestilah sentiasa mengamalkan mencuci tangan dengan kerap menggunakan air dan sabun serta memakai Hand Sanitizer
- c) Menjarakkan 1 meter dengan individu lain
- d) Amalkan meletak tangan di dada sebagai menggantikan bersalaman
- e) Mengamalkan etika batuk/bersin dengan baik
- f) Memastikan minum air dengan seberapa kerap yang boleh untuk mengelakkan tekak kering
- g) Memastikan rekod komuniti yang hadir lengkap dan diisi bagi setiap yang hadir untuk kita kenal pasti kontak sekiranya berlaku jangkitan
- Kes Balik Dari Luar Negara
- a) Memaklumkan kepada Wilayah dan HQ sebaik pulang dari sana
- b) Menjalankan saringan awal di Klinik /Hospital, dan sijil kuarantin 14 hari (direkodkan dibawah Cuti Tanpa Rekod)
- c) Sekiranya mempunyai gejala batuk, selsema dan demam sila terus mendapatkan rawatan di Klinik/Hospital
- Kes PUI/Kontak
- a) Memaklumkan kepada Wilayah dan HQ dengan segera untuk menjalankan aktiviti pembersihan keseluruhan
- b) Petugas dikehendaki melakukan saringan awal di Klinik /Hospital dan dapatkan sijil kuarantin 14 hari (dibawah cuti tanpa rekod)
- c) Kenal pasti senarai komuniti yang datang ke PI sebagai kontak awal dan nasihat untuk buat pemeriksaan/kuarantin di rumah
- d) Sekiranya mempunyai gejala batuk, selsema dan demam sila terus mendapatkan rawatan di Klinik/Hospital