HOSPITAL BERA MULA OPERASI 1 JULAI 2022.
Hospital Bera akan mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2022 ( Jumaat ) Jam 8 Pagi. Pembukaan Hospital Bera akan dibuat secara berfasa. Pengoperasian Fasa 1 ini akan melibatkan pembukaan Unit Kecemasan Dan Trauma yang beroperasi 24 Jam sehari terutama pada kes kemalangan jalan raya.
Walaubagaimana pun, bagi kes-kes kecemasan atau temujanji rawatan doktor pakar, pesakit-pesakit hendaklah merujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh.
Kapasiti Hospital Bera ini hanya mampu menampung 40 katil sahaja di mana beberapa unit rawatan seperti Hemodialisis dengan kapasiti rawatan dialysis sebanyak 42 mesin dan Dewan Ibu Bersalin yang tiada kes-kes kecemasan akan di buka berperingkat.
Seterusnya dengan bermulanya operasi Hospital Bera ini akan memudahkan masyarakat terutama dari Daerah Bera untuk mendapatkan rawatan perubatan kerana jaraknya yang sangat dekat.
Bagi yang ingin mendapatkan rawatan dan temujanji, bolehlah menghubungi Talian Telefon Hospital : 092509323 / 092509676 dan bagi Unit Kecemasan Dan Trauma : 092509297