0000000000000abc35

ROTI CANAI TELAGA AJAIB

Bagi yang ingin mencuba kelainan variasi roti canai sedia ada pada setiap pagi bagi sarapan bolehlah mencuba roti canai sarang burung yang berharga RM3.00.Roti canai sarang burung ini adalah roti canai yang di cipta dan di popularkan oleh Encik Norman Bin Ali.

Encik Norman telah mengusahakan perniagaan roti canai ini sejak setahun yang lalu atau lebih tepat apabila pandemik Covid-19 melanda negara kita di mana banyak premis-premis makanan terutamanya di tutup dan menyebabkan masyarakat kampung susah untuk mendapatkan sarapan pagi.

Oleh itu, Encik Norman telah mengambil inisiatif untuk memudahkan masyarakat kampung dengan memulakan perniagaan roti canai ini.Segala urusan pembelian di lakukan dengan tempahan melalui aplikasi What Apps dan mesej telefon.Secara tidak langsung pelanggan yang ingin menikmati roti canai yang di hasilkan oleh Encik Norman ini tidak perlu bersesak-sesak seterusnya sop penjarakan sosial dapat di jaga dan di kawal.

Selain itu, Encik Norman turut menghasilkan produk roti canai sejuk beku,roti canai biasa dan telur dan roti tisu dan kepada sesiap yang berminat bolehlah menghubungi beliau menggunakan aplikasi What Apps atau facebook di talian +60177808115.

0000000000000abc32

0000000000000abc33

0000000000000abc34