PRODUK TEMPATAN-KERISIK OPAH

kerisikopah0

Untuk paparan artikel dalam portal kami kali ini dalam segmen bagi produk tempatan, pihak PI1M Felda Bukit Puchong berbesar hati untuk mempromosikan produk dari Felda Bukit Puchong iaitu Kerisik Opah yang dikeluarkan oleh syarikat bumiputera iaitu Intan Bucut Enterprise.

Untuk pengetahuan pembaca sekelian Kerisik Opah keluaran syarikat tersebut merupakan produk yang sangat laris jualannya ketika menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha kerana kerisik yang di keluarkan oleh syarikat ini mempunyai rasa dan aroma yang unik seterusnya menjadikan rendang yang di masak selama berjam-jam ini akan bertukar menjadi satu hidangan rendang yang sedap untuk di nikmati.

kerisikopah1

Menurut pemilik produk Kerisik Opah ini iaitu Puan Intan, beliau mengatakan bahawa produk kerisik yang di hasilkan ini merupakan resepi turun menurun keluarga ibunya yang di turunkan kepada beliau.

kerisikopah2

Bagi memastikan resepi turun menurun ini di warisi dan berkekalan, beliau mengambil inisiatif sendiri untuk menghasilkan dan memasarkan kerisik tersebut secara kecil-kecilan dan beliau berharap dapat diberi peluang oleh pihak Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Perladang Kawasan bagi mengeluarkan produk tersebut secara besar-besaran suuatu hari nanti.

Produk Kerisik Opah ini di datangkan dalam bungkusan 190 gram dan setiap satunya di jual dengan harga RM 3 sahaja dan kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba memasak rendang dengan menggunakan Kerisik Opah ini bolehlah menghubungi Puan Intan di talian 012-9513242.

kerisikopah3

(Dari kiri : Puan Intan dan di tengah pula ialah ibunya)

Bagi pihak PI1M Felda Bukit Puchong, produk Kerisik Opah ini sangat di rokemendasi kerana penulis sendiri pernah mencuba kerisik ini kerana berjaya menjadikan masakan rendang sedap bagi cubaan kali pertama memasaknya.

 

PRODUK TEMPATAN : PEKASAM WARISAN

 perkasam2

Ikan pekasam bukan lah makanan baru dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Ia merupakan makanan tradisional turun temurun yang dihasilkan dari ikan air tawar yang ditangkap dari sungai, tali air dan sawah padi. Hidangan ikan pekasam mampu menggamit selera sekiranya dimasak dalam pelbagai cara dan resepi.

midah5

Kini produk ikan pekasam telah berjaya menempa nama di dalam pasaran negara kita Malaysia. Pn. Hamidah Binti Muhamud Zin, 32 tahun merupakan antara pengusaha ikan pekasam yang telah berjaya mengetengahkan produk ikan pekasamnya ke pasaran luar. Hasil latihan dan bimbingan dari Jabatan Pertanian Bera dan Peladang Daerah Bera, produk ikan pekasan Pn Hamidah telah diberi penjenaman di bawah Produk Bera Best. Apa yang membanggakan, pada tahun 2014 yang lalu Pn Hamidah merupakan antara ribuan usahawan yang terlibat dalam mempromosi dan menjual produk ikan pekasamnya di dalam Program MAHA 2014.

midah7

Kemudahan dan latihan ICT yang disediakan di PI1M Felda Bukit Puchong telah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh Pn Hamidah apabila terlibat dalam Program Pengguna Bijak & Keusahawanan, Program Latihan Membina Laman Web (Wordpress) dan latihan asas komputer. Pn Hamidah turut memanfaatkan aplikasi media sosial (Facebook) bagi mempromosi serta menjual produknya kepada para pelanggan. Pn Hamidah juga mempunyai pengedar produk ikan pekasam di sekitar Melaka, Perak, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan bagi mempromosi dan menjual ikan pekasam. Khidmat nasihat dan bimbingan dari petugas PI1M Felda Bukit Puchong turut membakar semangat Pn Hamidah untuk terus maju sebagai usahawanita yang berjaya. Terkini, Pn Hamidah telah menghasilkan satu lagi produk pekasam iaitu pekasam daging dan ia turut mendapat sambutan yang positif dari pelanggan.  

perkasam1

PRODUK : PEKASAM WARISAN

DIKELUARKAN OLEH : SHAMIDA BERKAT MAJU ENTERPRISE

NAMA USAHAWAN : PUAN HAMIDAH BINTI MUHAMUD ZIN

ALAMAT : NO.367,FELDA BUKIT PUCHONG,28300 TRIANG.PAHANG

TELEFON : 09-2459392/017-6337107/012-9089520