TARIKH : 8 Mac 2018
MASA : 4.00 – 5.30 petang
LOKASI : Bilik Latihan
PESERTA : Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah (Perempuan)
TUJUAN
Tujuan kelas latihan ini di adakan kerana kebanyakkan para peserta yang mengikut kelas ini merupakan pelajar sekolah rendah dan menengah yang tidak berkesempatan mengikuti kelas latihan yang di adakan sebelum ini kerana mereka agak malu dan kurang selesa dengan suasana Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong yang sentiasa sesak dan ramai pengunjung.
AKTIVITI
Oleh kerana peserta-peserta ini baharu dan agak kekok dalam menggunakan komputer, para petugas telah menyediakan aktiviti yang sesuai untuk mereka ikuti seperti Modul Latihan Menaip Intensif.
Dalam modul ini, peserta akan di dedahkan dengan beberapa kaedah seperti mengenal fungsi setiap kekunci, aksara dan lain-lain lagi.
FOTO