TARIKH : 2 JULAI 2018

MASA : 03.00 – 05.00 PETANG

LOKASI : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

PROGRAM : KELAS ASAS LATIHAN KOMPUTER - POWERPOINT

TUJUAN

Tujuan program ini di adakan adalah untuk melatih adik-adik ini atau pelajar sekolah menengah ini dengan kemahiran asas komputer terutama dalam aplikasi MS-Powerpoint.

Sedia maklum, kebanyakkan kerja kursus yang di berikan oleh guru-guru di sekolah kepada para pelajar ini adalah dalam format komputer dan justeru itu pihak kami menyediakan latihan asas komputer untuk mereka kuasai secara tidak langsung.

AKTIVITI

Bagi memudahkan peserta mengikuti dan mempelajari asas MS-Powerpoint ini dengan mudah, komunikasi interaktif antara peserta dan tenaga pengajar adalah sangat penting.

Ini kerana jika terdapat kesulitan daripada peserta untuk menguasai asas-asas MS-Powerpoint, tenaga pengajar akan perbetulkan pada masa tersebut dan maka tidak hairanlah mereka mampu menyiapkan kerja khusus berkumpulan yang di berikan oleh guru-guru mereka di siapkan dalam masa sehari sahaja.

FOTO