0000ajk4

 

MESYUARAT DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA PUSAT INTERNET KLUSTER DAERAH BERA PENGGAL 2019

TARIKH : 11 APRIL 2019

MASA : 09.00 – 01.00 PETANG

LOKASI : PUSAT INTERNET KERAYONG MAKMUR

PESERTA : SELURUH PETUGAS PUSAT INTERNET KLUSTER BERA

PROGRAM : MESYUARAT DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA PUSAT INTERNET KLUSTER DAERAH BERA PENGGAL 2019

TUJUAN    

Mesyuarat dan Pemilihan Jawatankuasa Pusat Internet Kluster Daerah Bera 2019 adalah bertujuan untuk memilih dan melantik ketua kluster baharu yang dahulunya di sandang oleh Saudara Hazrul Azlan dari Pusat Internet Felda Mayam yang telah menyandang jawatan ketua kluster selama hampir 3 tahun.

Selain daripada itu, jawatankuasa kerja turut juga di rombak bagi membolehkan dan memberi peluang kepada petugas-petugas pusat internet yang baharu berkhidmat memikul tanggungjawab dalam memberikan komitmen atau tugas yang di beri.

AKTIVITI

Sebelum pemilihan jawatankuasa baharu di buat, sesi mesyuarat dan pembentangan perincian program yang berkaitan dengan beberapa modul seperti Advokasi-Klik Dengan Bijak, Keusahawanan dan lain-lain lagi di buat dan di tambah baik dari segi pengisian program berdasarkan input-input yang telah di terima sebelum ini.

Selepas itu, sesi pemilihan telah mengambil tempat dan semua petugas Pusat Internet Kluster Daerah Bera sepakat untuk melantik Cik Siti Nor Aien dari Pusat Internet Felda Bukit Puchong sebagai ketua kluster yang baharu.

FOTO

0000ajk1

 

0000ajk2

 

0000ajk3

 

0000ajk5