PENTERNAKAN BURUNG PUYUH PEDAGING DI FELDA MAYAM

 

Video ini memaparkan salah satu kegiatan ekonomi di Felda Mayam, Bera Iaitu Penternakan Puyuh Pedaging yang diusahakan oleh Usahawan Belia Felda Mayam..

#menarikdibera

KISAH SEORANG PELUKIS DAN PENIAGA KECIL COCONUT SHAKE

EN ISMAIL HUSSIN

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

012-9562392

#menarikdibera

KISAH KEUSAHAWANAN

 

Video ini memaparkan kisah kejayaan salah seorang usahawan yang terkenal di Daerah Bera iaitu En Abdul Halek Bin Din yang mengusahakan projek tanam kekal pengeluaran makanan( TKPM) nangka madu.

Video ini dihasilkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kluster Bera.

Like & Share Page Facebook kami Menarik Di Bera

TAMAN HERBA SEMELAI

 

Taman Herba Semelai terletak di Tasik Bera merupakan tanah lembab berkepentingan antarabangsa atau Tapak Ramsar semenjak tahun 1995 yang kaya dengan pelbagai tumbuh herba. Keluasan yang dikhususkan sebagai Tapak Ramsar ialah 31,120 hektar. Tasik semulajadi terbesar di Malaysia ini terletak kira-kira 70 km dari Bandar Temerloh dan di hubungi oleh jalan raya. Orang Asli kaum Semelai merupakan penduduk utama di sini semenjak 600 tahun dahulu. Tasik, fauna, flora dan kaum Asli Semelai merupakan daya tarikan utama Tasik Bera untuk dikunjungi.

RESTORAN MEE UDANG D’EIMA

 

Moh ke Bera menikmati keenakan hidangan Mee Udang di Restoran Mee Udang D'eima. Bukan sahaja hidangan Mee Udang yang meletop di sini malahan yang digemari rata- rata penduduk Bera dan kawasan sekitar juga luar ialah Nasi Goreng Ketam Telur Masin, Megi Ketam dan lain lain. Memang rugi jika tidak mencuba. Rasa sekali pasti order lagi. Terletak berdekatan jalan utama bandar Kerayong Bera, Persimpangan masuk di Kolej Komuniti Bera