TAMAN HERBA SEMELAI

 

Taman Herba Semelai terletak di Tasik Bera merupakan tanah lembab berkepentingan antarabangsa atau Tapak Ramsar semenjak tahun 1995 yang kaya dengan pelbagai tumbuh herba. Keluasan yang dikhususkan sebagai Tapak Ramsar ialah 31,120 hektar. Tasik semulajadi terbesar di Malaysia ini terletak kira-kira 70 km dari Bandar Temerloh dan di hubungi oleh jalan raya. Orang Asli kaum Semelai merupakan penduduk utama di sini semenjak 600 tahun dahulu. Tasik, fauna, flora dan kaum Asli Semelai merupakan daya tarikan utama Tasik Bera untuk dikunjungi.