10 Jun 2016, Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong.Semenjak tamatnya kursus atau sesi latihan e-usahawan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong pada bulan Mei 2016 yang lepas.

Puan Roslina tidak berpaling lagi ke belakang sebaliknya dengan bekalan sedikit ilmu yang di perolehi semasa berkursus di sini beliau terus memacu perniagaan yang baru masuk setahun jagung dengan rasa penuh keyakinan.

Terbukti usaha beliau dalam memacu perniagaan sambal garing ikan bilis telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari penduduk Felda Bukit Puchong hatta rakan-rakan media sosial Puan Roslina sendiri yang kebanyakkannya duduk di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya.

Ini mungkin ledakan daripada promosi yang beliau lakukan setelah mendapat latihan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong semasa menyertai kursus e-usahawan tempoh hari.

Antara pekara yang paling menampakkan kesan positif ialah manipulasi gambar produk yang menarik dan karangan berkaitan dengan info atau maklumat produk yang sangat jelas dan padat serta tidak mengelirukan.

Saya di fahamkan bahawa tempahan Sambal Goreng Bilis Garing untuk sepanjang bulan Jun 2016 telah habis di jual.Bagi tempahan Sambal Goreng Bilis Garing akan datang ianya akan di buka semula selepas Hari Raya Aidil Fitri kelak.

Bagi yang ingin mencuba produk Sambal Goreng Bilis Garing Puan Roslina ini bolehlah menghubungi beliau di nombor yang tertera di poster iklan produk Sambal Goreng Bilis Garing atau boleh kunjungi halaman facebook dengan menaip “Sambal Goreng Bilis Garing” atau mengunjungi sendiri halaman web Puan Roslina di http://bellsambalbilisgaring.weebly.com untuk maklumat lebih lanjut lagi berkaitan dengan produk Sambal Goreng Bilis Garing ini.