Pada 14 Januari 2017 yang lalu, di Kawasan Tanah Perkuburan Felda Bukit Puchong telah berlangsungnya satu program gotong-royong antara pihak Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Bukit Puchong dan penduduk Felda Bukit Puchong.
Tujuan program ini di adakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dan komuniti Felda Bukit Puchong.
Selain daripada itu, program ini dapat menberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar sekolah rendah tentang amalan membuat kerja-kerja amal.
Ini dapat di lihat dengan kehadiran hampir 100 peserta yang terdiri daripada kalangan guru-guru, kakitangan sekolah, para pelajar itu sendiri dan ibubapa yang turut di ajak bersama menyertai program amal ini.
Rata-rata para pelajar di lihat sangat bersemangat dan ada di antaranya menjadikan program ini sebagai peluang dan pendedahan kerja amal kali pertama buat mereka dan mereka sangat menyukainya.
Di harap pada masa hadapan akan banyak lagi program yang melibatkan para pelajar sekolah rendah dengan komuniti kampung di adakan kerana dengan penyertaan program sebegini dapatlah para pelajar ini membina jatidiri seterusnya menjadi asset berguna kepada komuniti pada masa akan datang.
Pada tarikh 19 April 2013, Perkarangan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Felda Bukit Puchong telah berlangsungnya sebuah program khas iaitu Program Merakyatkan Seni Dan Budaya dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pahang.
Program ini adalah insiatif dari pihak Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pahang dalam mendekati masyarakat luarbandar khususnya masyarakat Orang Kurang Upaya.
Ia di rasmikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pahang iaitu Encik Sukarno Bin Abd.Wahab.
Pada awal program ini,kami sangkakan pihak Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pahang akan mengadakan kelas serta bengkel kesenian kepada golongan OKU ini tetapi malangnya tiada sebarang program yang berbentuk kesenian dan kebudayaan di adakan sebaliknya ia lebih menjuruskan kepada sesi ramah mesra kakitangan jabatan dengan OKU.
Di akhir program ramah mesra ini, pihak Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pahang telah menyumbang beberapa peralatan pertanian seperti kereta sorong,cangkul dan lain-lain lagi.
Kami harap jika program ini diadakan pada masa akan datang pengisian program seperti kelas dan bengkel kesenian dan kebudayaan turut disertakan sekali kerana jika ia diadakan bukan setakat golongan OKU sahaja yang berminat malahan ia mampu menarik golongan remaja atau belia di kampung ini untuk menyertainya.
PROGRAM PENDIDIKAN TINGGI FELDA 2023
Tarikh : 19 Jun 2023
Masa : 09.00 – 01.00 petang
Lokasi : Dewan Semai Bakti Felda Mempaga 1
AKTIVITI :
Kehadiran para pelajar ke ruang pepamer yang telah di sediakan.
Taklimat Pendidikan oleh Pihak Yayasan Felda, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
Seterusnya adalah sesi konsultasi bersama prospek.
Di harap kepada mana-mana ibubapa dan pelajar yang berminat, bolehlah menghadiri program tersebut atau hubungi Pejabat Felda Bukit Puchong untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.
GAMBAR
TARIKH : 06 April 2018
MASA : 8.00 – 10.30 pagi
LOKASI : Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong
PESERTA : Pelajar Sekolah Rendah
PROGRAM : Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong
TUJUAN
Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah terutama di kawasan penempatan Felda yang terkenal dengan kawasan hitam gejala dadah ini.
AKTIVITI
Di sebelah pagi, murid-murid telah berkumpul di dataran perhimpunan Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong bagi menyertai aktiviti senamrobik, berbasikal mengelilingi kampong dan aktiviti ekplorasi anti dadah.
Kemudian itu, pameran anti dadah berlansung di mana murid-murid dapat melihat sendiri jenis-jenis dadah merbahaya dan keburukan akibat ketagihan dadah itu sendiri.
Selepas itu, aktiviti mewarna dan rekabentuk poster anti dadah pula mengambil tempat dan ianya terbuka kepada semua murid-murid sekolah.
Setelah ketibaan Def-def kehormat seperti wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Bera, Ketua Polis Daerah Bera, Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Bera dan Jawatankuasa PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Bukit Puchong upacara pun bermula.
Di mulakan dengan ucapan para tetamu yang di jemput dan di akhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
FOTO
Gambar ihsan dari Unit PPDa SK Felda Bukit Puchong