sekolah1

 

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN

Sekolah Kebangsaan (Felda) Bukit Puchong mula beroperasi pada 15 Mei 1971. Jarak perjalanan ke PPD Bera sejauh 38km. Berlokasi luar bandar dan berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Mendi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mendi. Pada peringkat awal, kemudahan fizikal hanya mempunyai sebuah bangunan yang terdiri daripada tujuh buah bulik darjah, sebuah bangunan kantin dan empat buah rumah guru.

Murid-murid yang belajar ketika itu adalah seramai 111 orang sahaja yang terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Bukit Puchong. Terdapat 47 orang murid darjah satu, 32 orang murid darjah dua, 32 orang murid darjah tiga ketika itu. Sejak dari itu, bilangan murid terus bertambah hingga pada suatu masa dalam tahun 1983, murid-muridnya berjumlah 610 orang bersama 29 orang tenaga pengajar dan 5 orang kakitangan sekolah.

Kini, Sekolah Kebangsaan (Felda) Bukit Puchong telah berwajah baru. Terdapat 3 blok bangunan bilik darjah dan pentadbiran, kantin, surau, makmal komputer, bangunan khas j-QAF, dewan terbuka dan banguna khas prasekolah.

 

sekolah2

 

MATLAMAT

  1. Berusaha dalam mempertingkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran untuk melahirkan murid cemerlang dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
  2. Berusaha mempertingkatkan kualiti keceriaan, keselamatan, kebajikan, dan sahsiah murid.
  3. berusaha dalam mempertingkatkan kualiti pencapaian Ko-Kurikulum dan mewujudkan sekolah berwatak.
  4. Berusaha dalam memperkemaskan kualiti pengurusan pentadbiran sekolah.
  5. Pencapaian semua mata pelajaran sekurang-kurangnya melepasi SKM daerah.  
  6. Semua murid celik huruf dan celik jawi dan Al-Quran.
  7. Setiap penyertaan dalam aktiviti Ko-Kurikulum mendapat sekurang-kurangya tempat ketiga.
  8. Semua matapelajaran menjadi keutamaan.

 

MISI

MEMBERI TUMPUAN DALAM MEMBUDAYAKAN PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

YG BERKUALITI

BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KEPADA MURID-MURID

MELALUI PENDEKATAN BERSEPADU

KE ARAH

MELAHIRKAN WARGANEGARA

YANG

BERKETERAMPILAN, CEMERLANG

DAN

BERAKHLAK MULIA

 

 

CARTA ORGANISASI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT PUCHONG

 

guruskbp

 

GAMBAR GURU DAN KAKITANGAN

 gambarguru

senarainamaguru

 Sumber yang dipetik dari halaman blog http://skfbp.blogspot.com/

 

 

SEKOLAH AGAMA RAKYAT FELDA BUKIT PUCHONG

sekolahagama

 

 

TABIKA KEMAS FELDA BUKIT PUCHONG

tabika

 

PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI FELDA BUKIT PUCHONG

 pdk

 

 

desa1

TARIKH : 17 JANUARI 2019

MASA : 09.00 – 01.00 PETANG

LOKASI : SEKOLAH RENDAH FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : PELAJAR SEKOLAH RENDAH ZON MENDI

PROGRAM : PERTANDINGAN LARIAN MERENTAS DESA GUGUSAN ZON MENDI

TUJUAN    

Pada tahun 2019, hak penganjuran Pertandingan Merentas Desa bagi Sekolah Kebangsaan dalam Zon Mendi telah di berikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Bukit Puchong sebagai hos atau tuan rumah pertandingan tersebut.

Sebanyak 8 buah sekolah telah terlibat dalam Daerah Bera di mana setiap sekolah akan di wakili dengan 10 peserta dari tahun 1 hingga tahun 6.

Wakil peserta pula telah di pilih oleh sekolah masing-masing di mana dalam minggu tersebut telah di adakan pertandingan merentas desa peringkat sekolah.

Bagi melancarkan pertandingan tersebut, pihak Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Bukit Puchong telah meminta bantuan Pihak RELA Kampung Felda Bukit Puchong bagi mengawal laluan trafik dan mengawal keselamatan para peserta.

Pertandingan Merentas Desa bagi Sekolah Kebangsaan dalam Zon Mendi ini di anjurkan adalah untuk memilih pelari-pelari yang handal bagi menyertai pertandingan peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat negeri Pahang.

AKTIVITI

Pertandingan Larian Merentas Desa ini telah di bahagikan kepada 3 format laluan di mana bagi pelajar tahun 1 dan 2, laluan atau trek larian di pendekkan sedikit.

Bagi peserta format laluan ke-2 pula yang terdiri daripada pelajar tahun 3 dan 4 mereka akan melalui jalan atau trek larian yang agak jauh sedikit berbanding dari format laluan pertama.

Untuk format laluan bagi pelari yang terdiri daripada pelajar tahun 5 dan 6, mereka di beri laluan agak jauh sedikit dan terdapat displin rintangan di sepanjang laluan dan mereka mestilah mendaftarkan nombor peserta kepada pegawai di setiap titik periksa.

Jikalau mereka gagal mengesahkan nombor penyertaan mereka kepada pegawai tersebut maka penyertaan mereka akan di batalkan.

FOTO

PROGRAM GLOBAL DIGITAL LEADERSHIP (GDL) DENGAN KERJASAMA ASIA PACIFIC UNIVERSITY OF TECHNOLOGY & INNOVATION (APU) TAJAAN PENUH FELDA/FGV

FELDA melalui Yayasan Felda menawarkan peluang melanjutkan pengajian di bawah Program Global Digital Leadership (GDL) yang menawarkan biasiswa penuh tajaan FELDA/FGV kepada pelajar lepasan SPM 2022 khususnya kepada Anak Peneroka, Generasi Baharu FELDA, Anak Petugas FELDA dan Kumpulan FELDA.

Program ini merupakan cetusan dan ilham daripada Pengerusi FELDA bagi melahirkan insan berkepimpinan pendigitalan global kearah "Greater of the Future".

Maklumat lanjut sila rujuk Poster yang dilampirkan. Untuk permohonan, sila imbas Kod QR yang tertera dalam Poster berkaitan atau pautan seperti di bawah:-

  1. a) Borang Permohonan Anak Peneroka & Generasi Baharu FELDA

https://tinyurl.com/4ms6kp4k

  1. b) Borang Permohonan Anak Petugas FELDA & Kumpulan FELDA

https://tinyurl.com/4k2ue9f5

TARIKH TUTUP PERMOHONAN SELEPAS 14 HARI KEPUTUSAN SPM 2022 DIUMUMKAN

GAMBAR

aaaaakelas44

digitalmaker

PROGRAM FELDA DIGITAL MAKER HUB CODING & ROBOTIC

FELDA telah melancarkan FELDA Digital Maker Hub Coding & Robotic sebagai usaha melahirkan generasi baharu yang mesra dalam bidang teknologi & elektronik.

Ini selaras dengan perkembangan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) di mana penekanan kepada pembangunan bakat dan kemahiran melalui aktiviti-aktiviti hands-on amat penting untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Pihak FELDA Bukit Puchong dan PIBG FELDA Bukit Puchong ingin mencari penyumbang untuk pembelian peralatan coding & robotic untuk Sekolah FELDA Bukit Puchong dengan nilai RM 15,000.00 untuk kegunaan pelajar Sekolah FELDA Bukit Puchong.

Sehingga hari ini [ 18/10/2022 ] kutipan terkumpul sebanyak :-

  1. Penyumbang Pertama RM 2,000.00
  2. Penyumbang Kedua RM 3,000.00
  3. Penyumbang Ketiga RM 5,000.00

Pihak kami memerlukan RM 5,000.00 lagi untuk membolehkan pembelian peralatan coding & robotic. Kepada warga FELDA Bukit Puchong ini menyumbang, boleh berhubung dengan saya seperti flyers ini.

Sasaran pihak kami untuk mencari dana ini sehingga 22hb Oktober 2022.

Oleh itu, pihak Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) mengambil peluang ini untuk war-warkan kepada masyarakat dan penduduk Felda Bukit Puchong tentang program yang telah di jalankan dan berharap ada di antara kita semua sudi membantu dalam mengumpulkan dana tersebut bagi merealisasikan objektif dari program yang bakal di jalankan itu kelak.

PROGRAM KERJAYA GENERASI FELDA-PROJEK FELDA RISE

Program Kerjaya Generasi Felda – Projek Felda Rise adalah program dari Jabatan Pembangunan Komuniti Felda dengan Kerjasama FGV Prodata Systems yang menawarkan peluang pekerjaan kepada Graduan Generasi FELDA yang berkelayakan untuk memulakan kerjaya dalam bidang Teknologi Maklumat.

FELDA kini membuka peluang inisiatif kerjaya kepada graduan generasi FELDA yang berminat.Oleh demikian, kepada mana-mana graduan anak generasi Felda Bukit Puchong yang layak bolehlah menghantar resume atau pergi ke Pejabat Felda untuk mendapatkan maklumat.

Calon yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk menghantar resume serta dokumen sokongan ke alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Jun 2023

#KejayaanDalamKeberkatan

#peluangkerjaya

#GenerasiFELDABerjaya

GAMBAR

aaaaakelas46