IMG 1908

Pada tarikh 19 April 2013, Perkarangan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Felda Bukit Puchong telah berlangsungnya sebuah program khas iaitu Program Merakyatkan Seni Dan Budaya dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pahang.

Program ini adalah insiatif dari pihak Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pahang dalam mendekati masyarakat luarbandar khususnya masyarakat Orang Kurang Upaya.

Ia di rasmikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pahang iaitu Encik Sukarno Bin Abd.Wahab.

Pada awal program ini,kami sangkakan pihak Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pahang akan mengadakan kelas serta bengkel kesenian kepada golongan OKU ini tetapi malangnya tiada sebarang program yang berbentuk kesenian dan kebudayaan di adakan sebaliknya ia lebih menjuruskan kepada sesi ramah mesra kakitangan jabatan dengan OKU.

Di akhir program ramah mesra ini, pihak Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pahang telah menyumbang beberapa peralatan pertanian seperti kereta sorong,cangkul dan lain-lain lagi.

IMG 1905

Kami harap jika program ini diadakan pada masa akan datang pengisian program seperti kelas dan bengkel kesenian dan kebudayaan turut disertakan sekali kerana jika ia diadakan bukan setakat golongan OKU sahaja yang berminat malahan ia mampu menarik golongan remaja atau belia di kampung ini untuk menyertainya.

IMG 1903