KELAS E-TUISYEN BAHASA ENGLISH DAN MATEMATIK TAHUN 5 DAN 6 @PUSAT INTERNET KOMUNITI FELDA BUKIT PUCHONG

TARIKH : 18 APRIL 2021

MASA : 02.15 – 04.30 PETANG

LOKASI : PUSAT INTERNET KOMUNITI FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : PELAJAR TAHUN 5 DAN 6 SEKOLAH RENDAH

TUJUAN

Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa di sebabkan penularan penyakit Covid-19 banyak aktiviti terpaksa di hentikan buat sementara waktu dan yang paling terkesan ialah golongan para pelajar sekolah rendah dan menengah.

Untuk itu, Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Puchong telah mengambil inisiatif mengadakan kelas tuisyen atas talian dengan menggunakan platform aplikasi Zoom atau kelas maya.

Sebelum ini, Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Puchong turut menyediakan kemudahan pembelajaran E-Tuisyen kepada para pelajar dengan menggunakan aplikasi Google Meeting.

Kaedah pembelajaran E-Tuisyen ini di lihat sangat efektif pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana petugas dapat menyelaraskan SOP keselamatan penjarakan sosial peserta atau pelajar pada satu-satu masa di mana jumlahnya tidaklah terlalu ramai dan sesak.

Kepada ibubapa pelajar tidak perlulah risau atau sangsi dengan kualiti tenaga pengajar atau tutor kerana tutor yang telah di sediakan semasa sesi pembelajaran ini adalah bertauliah dan profesional.

AKTIVITI

Tahun 5 (Subjek Bahasa English) 2.15 ptg - 3.25 ptg

  1. Nur Qaseh Dania Dawirna Binti M.D. Rasidi
  2. Nur Hana Damia Maisarah Binti Amran

Tahun 6 (Subjek Matematik) 3.30 ptg - 4.30 ptg

  1. Nur Ainatul Mardhiah Binti Amran

 

FOTO

000000000000abc20

000000000000abc21

000000000000abc22

000000000000abc23

000000000000abc3

 

Di sebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Malaysia yang menyebabkan banyak sekolah telah di tutup maka proses kemaskini Profil Murid tidak boleh di buat di sekolah maka ianya telah memberi peluang kepada Pusat Internet Felda Bukit Puchong untuk membantu para ibubapa yang tidak boleh mengemaskini maklumat anak seperti yang telah di minta oleh pihak sekolah.

Kemaskini profil dan maklumat murid telah dilaksanakan mulai 11 Januari 2021 (Isnin) secara dalam talian maka tiada lagi pengisian Borang Maklumat Murid (BMM) secara manual.

Ibubapa turut di nasihati oleh pihak sekolah sekiranya tidak mempunyai peralatan komputer dan akses ke talian internet, boleh menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan bantuan menggunakan peralatan komputer dan akses talian internet sekolah atau hadir ke Pusat Internet (PI) yang berhampiran.

000000000000abc4

000000000000abc5

ohira2

TARIKH : 11 JANUARI 2019

MASA : 09.00 – 01.00 PETANG

LOKASI : SEKOLAH RENDAH FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : WARGA PENGAJAR DAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PROGRAM : MAJLIS LAMBAIAN KASIH,SANJUNGAN BUDI SEMPENA PERSARAAN CIKGU MUHAMMAD SYUHAIDI OHIRA BIN ABDULLAH

TUJUAN    

Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi adalah untuk meraikan Cikgu Muhammad Syuhaidi Ohira Bin Abdullah yang bersara wajib dan banyak berjasa kepada warga penduduk Felda Bukit Puchong terutama pada anak-anak didikan beliau.

Jawatan terakhir Cikgu Muhammad Syuhaidi Ohira Bin Abdullah pegang di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong adalah Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

Bagi warga pendidik Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong sempena persaraan Cikgu Ohira, ketiadaan beliau merupakan kehilangan yang besar kepada pihak sekolah kerana sikap dan tauladan beliau tunjukkan semasa mendidik pelajar dengan penuh dedikasi dan berdisplin.

AKTIVITI

Bagi meraikan jasa beliau, jawatan kuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong dan warga penduduk Felda Bukit Puchong telah mengadakan beberapa aktiviti seperti perarakan mengelilingi kawasan Felda Bukit Puchong dengan motorsikal berkuasa tinggi, majlis penghargaan bertemakan Retroklasik dan upacara penyampaian plak penghargaan.

FOTO

ohira1

ohira3

 

 

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT FELDA BUKIT PUCHONG 2019

TARIKH : 13 NOVEMBER 2019

MASA : 02.30 PETANG – 04.30 PETANG

LOKASI : DEWAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : PELAJAR DAN IBUBAPA

PROGRAM : MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT FELDA BUKIT PUCHONG

TUJUAN

Tujuan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Agama Rakyat Felda Bukit Puchong 2019 ini di adakan adalah untuk meraikan pencapaian cemerlang pelajar sekolah agama ini dari pelajar tahun 1 sehingga tahun 6 dan tidak di lupakan pelajar tahun 5 yang telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA atau UPKK.

Kepentingan Ujian Penilaian Kelas KAFA atau UPKK ini adalah salah satu syarat yang telah di tetapkan oleh Majlis Ugama Islam Pahang atau MUIP bagi membolehkan para pelajar yang ingin mengikuti aliran menengah sekolah agama di seluruh negeri Pahang.

AKTIVITI

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Agama Rakyat Felda Bukit Puchong 2019 ini telah di rasmikan oleh Haji Muhammad Amin Bin Sardi selaku Pengerusi MPKK Felda Bukit Puchong.

Anugerah Ujian Penilaian Kelas KAFA atau UPKK 2019;

Dina Nazirah Binti Mazlan

Mohd Fakhrul Iman Bin Azmir

Putri Naufal Dayana Binti Jamsari

Farah Noralwani Binti A.Ghani

Anugerah Pelajar Terbaik Tahun Satu

Siti Nur Safwah Wardiah Binti Abd.Rahman

Muhd Iman Danish Bin Rozaini

Muhd Irfan Darwisy Bin Md Rasidi

 

Anugerah Pelajar Terbaik Tahun Dua

Muhd Nur Suhayl Bin Mohd Khairul Azeri

Ali Imran Bin Hamdan

Muhd Farhan Bin Muhd Ridhuan

 

Anugerah Pelajar Terbaik Tahun Tiga

Nurul Husna Binti Saiful Azlin

Nur Aliya Syafiqag Binti Mohd Norazlan

Mya Qalesya Binti Mohd Heiron

 

Anugerah Pelajar Terbaik Tahun Empat

Muhd Naufal Mukhriz Bin Jamsari

Mahya Amnani Binti Hamdan

Nur Aleesya Dania Binti Sham

 

Anugerah Pelajar Terbaik Tahun Lima

Aleya Nabilah Binti Abdullah

Adriyana Syafiah Binti Syahpul Anuar

Hurin Al Qauthar Binti Muhd Ridzuan

 

Anugerah Pelajar Terbaik Tahun Enam

Dina Nazirah Binti Mazlan

Nordania Fitrina Binti Rozaini

Putri Naufal Dayana Binti Jamsari

 

FOTO

0000agama1

0000agama2

0000agama3

0000agama4

0000agama5

0000agama6

0000agama7

000pibg383

MESYUARAT AGONG TAHUNAN PIBG SKBP

TARIKH : 20 MAC 2019

MASA : 09.00 – 01.00 PETANG

LOKASI : SEKOLAH RENDAH FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT PUCHONG

PROGRAM : MESYUARAT AGONG TAHUNAN PIBG SKBP

TUJUAN    

Mesyuarat Agong Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong kali ke-38 di adakan untuk menyelesaikan beberapa pekara tertunggak berkaitan dengan prestasi pelajar sekolah dan beberapa pekara-pekara lain.

Selain daripada itu, mesyuarat kali ini adalah untuk memperkenalkan ahli jawatan kuasa yang baharu di lantik sebelum ini dan potfolio yang di sandang oleh ahli jawatan kuasa tersebut.

Bagi memeriahkan Mesyuarat Agong Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong kali ke-38 ini, pihak swasta dan individu turut menyumbangkan hadiah dan hamper sebagai satu tarikan kepada ibubapa yang hadir.

AKTIVITI

Bagi memulakan majlis dan program Mesyuarat Agong Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong kali ke-38 ini, Ketua JKKK Felda Bukit Puchong yang merangkap sebagai Ketua Kampung iaitu Haji Muhammad Amin Bin Sardi di jemput untuk merasmikan program tersebut.

Sesi yang paling di nantikan adalah sesi soal jawab antara pihak pengurusan sekolah dengan pihak ibu bapa dan alhamdullilah sesi ini berjalan harmoni hingga ke akhirnya dan tiada sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku.

Sebelum Mesyuarat Agong Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong kali ke-38 ini di akhiri dan di tangguhkan untuk tahun hadapan, aktiviti cabutan bertuah mengambil tempat di mana ramai ibu bapa dan guru-guru bertuah menerima hadiah.Tidak seperti tahun sebelumnya, di mana hadiah pertama yang di sediakan adalah sebuah basikal mountain bike.

Walau bagaimana pun, pihak sekolah berasa terharu dengan sokongan dari pihak ibu bapa yang hadir dalam program ini dan berharap momentum ini dapat di kekalkan pada tahun-tahun yang mendatang.

Sebagai acara penutup Mesyuarat Agong Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong kali ke-38 ini melabuhkan tirainya, ibubapa dan guru-guru di hiburkan dengan persembahan Nasyid dari pelajar-pelajar sekolah.

FOTO

 

000pibg381

 

000pibg382

 

000pibg384

 

000pibg385

 

000pibg386