SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN
Sekolah Kebangsaan (Felda) Bukit Puchong mula beroperasi pada 15 Mei 1971. Jarak perjalanan ke PPD Bera sejauh 38km. Berlokasi luar bandar dan berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Mendi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mendi. Pada peringkat awal, kemudahan fizikal hanya mempunyai sebuah bangunan yang terdiri daripada tujuh buah bulik darjah, sebuah bangunan kantin dan empat buah rumah guru.
Murid-murid yang belajar ketika itu adalah seramai 111 orang sahaja yang terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Bukit Puchong. Terdapat 47 orang murid darjah satu, 32 orang murid darjah dua, 32 orang murid darjah tiga ketika itu. Sejak dari itu, bilangan murid terus bertambah hingga pada suatu masa dalam tahun 1983, murid-muridnya berjumlah 610 orang bersama 29 orang tenaga pengajar dan 5 orang kakitangan sekolah.
Kini, Sekolah Kebangsaan (Felda) Bukit Puchong telah berwajah baru. Terdapat 3 blok bangunan bilik darjah dan pentadbiran, kantin, surau, makmal komputer, bangunan khas j-QAF, dewan terbuka dan banguna khas prasekolah.
MATLAMAT
- Berusaha dalam mempertingkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran untuk melahirkan murid cemerlang dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
- Berusaha mempertingkatkan kualiti keceriaan, keselamatan, kebajikan, dan sahsiah murid.
- berusaha dalam mempertingkatkan kualiti pencapaian Ko-Kurikulum dan mewujudkan sekolah berwatak.
- Berusaha dalam memperkemaskan kualiti pengurusan pentadbiran sekolah.
- Pencapaian semua mata pelajaran sekurang-kurangnya melepasi SKM daerah.
- Semua murid celik huruf dan celik jawi dan Al-Quran.
- Setiap penyertaan dalam aktiviti Ko-Kurikulum mendapat sekurang-kurangya tempat ketiga.
- Semua matapelajaran menjadi keutamaan.
MISI
MEMBERI TUMPUAN DALAM MEMBUDAYAKAN PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
YG BERKUALITI
BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
KEPADA MURID-MURID
MELALUI PENDEKATAN BERSEPADU
KE ARAH
MELAHIRKAN WARGANEGARA
YANG
BERKETERAMPILAN, CEMERLANG
DAN
BERAKHLAK MULIA
CARTA ORGANISASI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT PUCHONG
GAMBAR GURU DAN KAKITANGAN
Sumber yang dipetik dari halaman blog http://skfbp.blogspot.com/
SEKOLAH AGAMA RAKYAT FELDA BUKIT PUCHONG
TABIKA KEMAS FELDA BUKIT PUCHONG
PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI FELDA BUKIT PUCHONG