000pibg383

MESYUARAT AGONG TAHUNAN PIBG SKBP

TARIKH : 20 MAC 2019

MASA : 09.00 – 01.00 PETANG

LOKASI : SEKOLAH RENDAH FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT PUCHONG

PROGRAM : MESYUARAT AGONG TAHUNAN PIBG SKBP

TUJUAN    

Mesyuarat Agong Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong kali ke-38 di adakan untuk menyelesaikan beberapa pekara tertunggak berkaitan dengan prestasi pelajar sekolah dan beberapa pekara-pekara lain.

Selain daripada itu, mesyuarat kali ini adalah untuk memperkenalkan ahli jawatan kuasa yang baharu di lantik sebelum ini dan potfolio yang di sandang oleh ahli jawatan kuasa tersebut.

Bagi memeriahkan Mesyuarat Agong Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong kali ke-38 ini, pihak swasta dan individu turut menyumbangkan hadiah dan hamper sebagai satu tarikan kepada ibubapa yang hadir.

AKTIVITI

Bagi memulakan majlis dan program Mesyuarat Agong Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong kali ke-38 ini, Ketua JKKK Felda Bukit Puchong yang merangkap sebagai Ketua Kampung iaitu Haji Muhammad Amin Bin Sardi di jemput untuk merasmikan program tersebut.

Sesi yang paling di nantikan adalah sesi soal jawab antara pihak pengurusan sekolah dengan pihak ibu bapa dan alhamdullilah sesi ini berjalan harmoni hingga ke akhirnya dan tiada sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku.

Sebelum Mesyuarat Agong Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong kali ke-38 ini di akhiri dan di tangguhkan untuk tahun hadapan, aktiviti cabutan bertuah mengambil tempat di mana ramai ibu bapa dan guru-guru bertuah menerima hadiah.Tidak seperti tahun sebelumnya, di mana hadiah pertama yang di sediakan adalah sebuah basikal mountain bike.

Walau bagaimana pun, pihak sekolah berasa terharu dengan sokongan dari pihak ibu bapa yang hadir dalam program ini dan berharap momentum ini dapat di kekalkan pada tahun-tahun yang mendatang.

Sebagai acara penutup Mesyuarat Agong Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong kali ke-38 ini melabuhkan tirainya, ibubapa dan guru-guru di hiburkan dengan persembahan Nasyid dari pelajar-pelajar sekolah.

FOTO

 

000pibg381

 

000pibg382

 

000pibg384

 

000pibg385

 

000pibg386