000000000000abc3

 

Di sebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Malaysia yang menyebabkan banyak sekolah telah di tutup maka proses kemaskini Profil Murid tidak boleh di buat di sekolah maka ianya telah memberi peluang kepada Pusat Internet Felda Bukit Puchong untuk membantu para ibubapa yang tidak boleh mengemaskini maklumat anak seperti yang telah di minta oleh pihak sekolah.

Kemaskini profil dan maklumat murid telah dilaksanakan mulai 11 Januari 2021 (Isnin) secara dalam talian maka tiada lagi pengisian Borang Maklumat Murid (BMM) secara manual.

Ibubapa turut di nasihati oleh pihak sekolah sekiranya tidak mempunyai peralatan komputer dan akses ke talian internet, boleh menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan bantuan menggunakan peralatan komputer dan akses talian internet sekolah atau hadir ke Pusat Internet (PI) yang berhampiran.

000000000000abc4

000000000000abc5