ohira2

TARIKH : 11 JANUARI 2019

MASA : 09.00 – 01.00 PETANG

LOKASI : SEKOLAH RENDAH FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : WARGA PENGAJAR DAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PROGRAM : MAJLIS LAMBAIAN KASIH,SANJUNGAN BUDI SEMPENA PERSARAAN CIKGU MUHAMMAD SYUHAIDI OHIRA BIN ABDULLAH

TUJUAN    

Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi adalah untuk meraikan Cikgu Muhammad Syuhaidi Ohira Bin Abdullah yang bersara wajib dan banyak berjasa kepada warga penduduk Felda Bukit Puchong terutama pada anak-anak didikan beliau.

Jawatan terakhir Cikgu Muhammad Syuhaidi Ohira Bin Abdullah pegang di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong adalah Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

Bagi warga pendidik Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong sempena persaraan Cikgu Ohira, ketiadaan beliau merupakan kehilangan yang besar kepada pihak sekolah kerana sikap dan tauladan beliau tunjukkan semasa mendidik pelajar dengan penuh dedikasi dan berdisplin.

AKTIVITI

Bagi meraikan jasa beliau, jawatan kuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong dan warga penduduk Felda Bukit Puchong telah mengadakan beberapa aktiviti seperti perarakan mengelilingi kawasan Felda Bukit Puchong dengan motorsikal berkuasa tinggi, majlis penghargaan bertemakan Retroklasik dan upacara penyampaian plak penghargaan.

FOTO

ohira1

ohira3