000azizi1

TARIKH : 21 JUN 2019

MASA : 08.00 – 12.00 TENGAHRI

LOKASI : SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PROGRAM : JAMUAN PERPISAHAN DUA GURU SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT PUCHONG

TUJUAN

Tujuan program ini di adakan adalah meraikan dua orang guru yang telah bertukar dan berpindah ke sekolah di negeri masing-masing.

Guru pertama ialah Cikgu Silawati Binti Yusuf yang akan berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Gemerih, Segamat, Johor.Beliau telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong selama 16 tahun dan beliau merupakan guru pemulihan.

Manakala, Cikgu Azizi Bin Abdullah akan pulang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan Laloh, Kuala Krai, Kelantan.Cikgu Azizi baru berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong selama 4 bulan sebagai guru Matematik tahun 6 dan sebelum ini beliau bertugas di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Mendi selama 10 tahun.

AKTIVITI

Bagi meraikan dan menghargai jasa kedua-dua guru ini, mereka telah di rai dengan ucapan selamat tinggal oleh kakitangan pengurusan sekolah, guru-guru dan para pelajar sekolah dan ada mereka tidak dapat menahan sebak.

Di kesempatan bulan Syawal yang mulia ini, ramai yang mengambil kesempatan bermaaf-maafan anatara satu sama lain.

Jasamu tetap di kenang dan kami turut mendoakan kedua-dua guru ini akan lebih gembira dan berjaya di masa hadapan hendaknya.

FOTO