FELDA ROBOTICS CHALLENGE 2023

Pertandingan ini telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu bersamaan dengan 27 Mei 2023 bertempat di Ar Riyadah Residence Majlis Sukan Negeri Terengganu. Majlis ini juga telah dirasmikan oleh Pengerusi FELDA, YBhg. Tan Sri Idris Bin Jusoh.

Kontijen dari Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong telah menghantar 3 pelajarnya dan 2 orang guru mentor bagi pertandingan tersebut.

Walaupun tidak berjaya melangkah ke pusingan akhir, ucapan tahniah harus di berikan kepada para pelajar dan pasukannya kerana berani menyahut cabaran membudayakan pembelajaran IT di sekolah supaya mereka mempunyai asas digital untuk ke peringkat lebih tinggi.

GAMBAR

aaaaakelas60

aaaaakelas61

aaaaakelas62