anugerahskbp5

TARIKH : 22 NOVEMBER 2018

MASA : 08.00 – 01.00 PETANG

LOKASI : SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : GURU, IBUBAPA DAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PROGRAM : HARI PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH DAN KECEMERLANGAN 2018

TUJUAN    

Program Hari Penyampaian Hadiah Anugerah Dan Kecemerlangan 2018 merupakan salah satu acara terpenting dalam takwim hujung tahun Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong dalam menghargai pencapaian cemerlang peperiksaan semester terakhir para pelajar sekolah bermula dari pelajar pra-sekolah hingga pelajar tahun 6.

Selain daripada itu, program ini turut melibatkan ibubapa pelajar tersebut di mana pada acara inilah, dapatlah guru-guru berinteraksi dengan ibubapa pelajar secara langsung dan menilai pencapaian anak-anak mereka dalam akademik.

AKTIVITI

Di mulakan dengan ucapan dan kata-kata aluan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong kepada jemputan dan def-def kehormat terutama kepada penyelaras Pakatan Harapan Parlimen Bera dan Setiausaha Kementerian Jabatan Kerja Raya iaitu Dato Zakaria Bin Abdul Hamid, guru-guru dan pelajar sekolah dan ibubapa yang hadir.

Hadirin pada program tersebut turut di hiburkan dengan persembahan para pelajar pra sekolah dan seterusnya acara penyampaian hadiah bagi pelajar-pelajar yang cemerlang.

Sebelum berakhir atau bersurai, semua jemputan telah di hidangkan dengan jamuan yang di sediakan oleh pihak sekolah.

FOTO

anugerahskbp2

anugerahskbp3

anugerahskbp4