gotongsekolah1

Pada tanggal 15 Mei 2010, bertempat di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong telah mengadakan Program Gotong-royong sempena Sambutan Hari Guru.

Acara ini telah disertai oleh semua kakitangan pengurusan sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta masyarakat Peneroka Felda Bukit Puchong.Paling menarik perhatian ialah Program Gotong-royong ini telah diadakan serentak di semua sekolah di Daerah Bera, Pahang termasuk sekolah menengah. Paling mengharukan ialah penyertaan daripada sebilangan warga Peneroka Felda Bukit Puchong, di mana mereka turut menyumbangkan tenaga dalam program yang murni ini walaupun tiada anak atau cucu yang bersekolah di sini.

Di akhir program tersebut, pihak pengurusan sekolah telah berbesar hati dengan menyediakan jamuan kecil bagi meraikan dan menghargai usaha pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program murni tersebut.

gotongsekolah2