Nama        : Puan Raizazawati Binti Razamae

Umur : 37

No. Telefon : 0146054248

Alamat : No.411, Felda Bukit Puchong,28300 Triang.Pahang

Jenis perniagaan : Kecantikan Wanita Dan Urutan Tradisional

Raizazawati Binti Razamae telah terlibat dalam bidang keusahawan kecantikan wanita ini sejak tahun 2015 secara sambil-sambilan.

Oleh kerana peranannya sebagai surirumah tangga sepenuh masa maka beliau perlulah pandai menggunakan masa yang ada dalam menggerakkan perniagaan kecil-kecilan ini bagi membantu menampung perbelanjaan dan ekonomi keluarga.

Produk dan servis yang di tawarkan paling mendapat sambutan ialah servis urutan badan tradisional (perempuan sahaja) yang mana terdiri daripada urutan ibu bersalin, urutan wanita mengandung, bertanggas, bertungku, sengkak rahim dan bengkung.

Ini kerana khidmat yang beliau tawarkan sangat murah dan berkesan.Selain daripada itu, servis yang Puan Raizazawati tawarkan sangat mesra pelanggan di mana pelanggan tidak perlu keluar dari rumah kerana Puan Raizazawati boleh pergi ke rumah pelanggannya(mobiliti).

Puan Raizazawati ini merupakan pengguna dan pelanggan setia Pusat Internet Felda Bukit Puchong dan selalu membantu dalam kerja-kerja sukarelawan dalam program yang Pusat Internet adakan maka tidak hairanlah mengapa kami mengutamakan Puan Raizazawati dalam membantunya untuk memajukan perniagaannya yang beliau usahakan yang melibatkan pengiklanan dalam aplikasi media sosial seperti facebook, what apps dan lain-lain lagi.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Bukit Puchong dan konsultansi berterusan dari pihak Pusat Internet terutama dalam memperluaskan dan promosi perniagaan beliau melalui media sosial seperti facebook,instagram dan aplikasi telefon what apps, pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong berharap dapatlah Puan Raizazawati memperolehi pendapatan kasar bulanan mencecah sehingga RM 400 – RM 600 sebulan (kasar) walaupun bergerak secara sambilan.

FOTO

000000watie1

000000watie2

000000watie3

000000watie4

000000watie5

000000watie6

000000watie7

000000watie8

000000watie9

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN GERAI MAKANAN DAN MINUMAN

Nama        : Nurul Shakila Binti Norzali 

Umur : 23

No. Telefon : 0199370###

Alamat : No.265, Felda Bukit Puchong,28300 Triang.Pahang

Jenis perniagaan : Gerai makanan dan minuman

Adik Nurul Shakila Binti Norzali ini boleh di katakan seorang remaja yang mempunyai wawasan untuk berjaya menjadi seorang usahawanita pada masa akan datang.

Pekara ini boleh di lihat semasa beliau tamat Sijil Pelajaran Malaysia, ramai rakan-rakan beliau telah berhijrah ke bandar tetapi tidak pula beliau.Sebaliknya adik Nurul Shakila ini tidak membuang masa dan terus bekerja di gerai makanan miliki bapanya sebagai pembantu.

Selepas setahun di latih oleh keluarganya, beliau di beri kepercayaan untuk mengendalikan sendiri perniagaan makanan milik keluarga sehingga ke hari ini.

Perwatakan adik Nurul Shakila ini sangat mudah di dekati dan sangat mesra dengan pelanggan-pelanggannya maka tidak hairanlah gerai miliknya sentiasa penuh dengan pelanggan yang datang untuk menjamu selera.

Adik Nurul Shakila turut berkongsi pengalamannya pahit dan manis yang beliau tempuhi selama 3 tahun ini dalam menguruskan perniagaan makanan milik keluarganya.Alhamdullilah dengan berkat kesabaran dan kesungguhan beliau selama ini pendapat kasar bulanan boleh mencecah sehingga RM 5,000.00 lebih sebulan.

Ketika di tanya tentang bagaimana beliau menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan perniagaan yang beliau usahakan, adik Nurul Shakila menyatakan banyak pelanggan-pelanggannya berurusan dengan menggunakan aplikasi mudah alih seperti Whats App.

Secara tidak langsung input yang di terima oleh petugas Pusat Internet Felda Bukit Puchong dalam melonjakkan lagi jualan dan servis gerai makanan adik Nurul Shakila ini boleh di kembangkan lagi dengan menggunakan beberapa modul yang bakal di ajar dan di latih seperti aplikasi media sosial seperti facebook dan instagram pada masa akan datang.

Selain daripada itu, beberapa modul lain turut di rancang oleh pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong bagi kemudahan adik Nurul Shakila untuk di kuasai seperti Asas Grafik Photoshop dan Myshop.

FOTO

deklie1

deklie4

deklie5

10santan

Encik Mohd Faizal Bin Abdullah telah menceburi bidang perniagaan memproses santan kelapa segar di kedai milik keluarganya sejak tahun 2009 hinggalah sekarang.

Untuk makluman semua, saudara Mohd Faizal merupakan seorang usahawan berstatus OKU atau Orang Kurang Upaya-Fizikal bahagian tangan sebelah kiri.

14santan

Di sebabkan beliau tidak boleh bekerja dengan menggunakan tenaga dan kudrat yang kuat, akhirnya beliau memutuskan untuk berniaga secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupannya.

Dengan kegigihan dan ketekunan beliau mengharungi cabaran dan liku-liku turun naik perniagaan berasaskan kelapa dan santan segar, tahun ini (2018) merupakan tahun yang ke-10 usia perniagaan yang beliau ceburi dan ianya kekal bertahan.

Pada kesempatan ini juga, saudara Mohd Faizal turut melahirkan rasa berterima kasih kepada Jabatan Tenaga Kerja melalui Kementerian Sumber Manusia kerana telah sudi menjadikan beliau sebagai salah seorang peserta SGBP-OKU atau Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya dengan memberi hampir sebelas buah mesin pemprosesan kelapa dan santan segar bagi memudahkan beliau berniaga.

16santan

Selain dari menghasilkan santan segar, beliau turut menghasilkan produk hiliran dari santan kelapa iaitu kerisik yang di buat sendiri oleh ibunya dan permintaan untuk santan segar dan kerisik ini paling tinggi permintaannya adalah pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.Beliau juga sedia menerima tempahan santan segar bagi majlis perkahwinan dan lain-lain lagi.

Beliau juga turut menzahirkan rasa bertuah dalam perniagaan yang di usahakan kerana kunci perniagaan beliau adalah stok bekalan kelapa sendiri kerana beliau mempunyai sebidang tanah yang di tanam dengan kelapa dan tidak perlu di beli dari peraih dan orang ketiga.

12santan

Bercerita tentang promosi perniagaan beliau melalui media sosial, beliau banyak menerima tempahan santan segar melalui aplikasi mudah alih seperti What Apps dan facebook.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan santan segar dan kerisik dari saudara Mohd Faizal, bolehlah menghubungi beliau di talian mudah alih 014-8166745.

15santan

TARIKH : 22 OKTOBER 2018

MASA : 08.00 – 04.00 PETANG

LOKASI : DEWAN UTAMA MASJID DARUL FIKRI KERAYONG, BERA

PESERTA : GOLONGAN USAHAWAN PENTERNAKAN

PROGRAM : KURSUS ASAS PENTERNAKAN RUMINAN DAN UNGGAS JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH BERA

TUJUAN    

Tujuan program ini di adakan adalah untuk mendedahkan asas penternakan ruminan dan unggas kepada bakal-bakal usahawan yang berminat sebagai satu kerjaya yang menguntungkan.

Kursus asas ini juga telah di jadikan salah satu displin utama bagi mana-mana usahawan yang berminat untuk memohon Geran In Kind Contribution atau IKC yang di tawarkan oleh Kementerian Asas Tani sebanyak RM 20,000.00.

Bagi mana-mana golongan belia yang tinggal di dalam Daerah Bera dan berminat untuk menjadi usahawan ternak ini bolehlah merujuk pegawai di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Bera.

AKTIVITI

Taklimat ringkas berkenaan asas penternakan ruminan dan unggas yang di sampaikan oleh Encik Osman Bin Yusof iaitu Pegawai Veterinar Daerah Bera dan Dr Wan Zarina Binti Wan Mohamed Anuar iaitu Pegawai Veterinar Negeri Pahang.

Program ini telah di rasmikan oleh YB.Dato Mohd Fadil Bin Osman iaitu ADUN Kawasan Kemayan.

Di akhir sesi, taklimat tentang prosedur Permohonan Geran In Kind Contribution (IKC) dan penyediaan pelan perniagaan.

FOTO

001

002

003

004

 

Encik Sabarudin Bin Sampol atau mesra di sapa Badin di kalangan masyarakat setempat telah memulakan perniagaan pembuatan perabot kayu pine sejak 2 tahun yang lepas walaupun tidak pernah mempelajari ilmu pembuatan perabot secara formal.

Ketika di tanya oleh petugas tentang bagaimana beliau memulakan perniagaan membuat perabot kayu pine ini, beliau menjawab perniagaan yang beliau buat sekarang adalah kerana minat yang mendalam terhadap proses pembuatan dan rekabentuk perabut moden yang kelihatan ringkas, bergaya dan dalam masa yang sama ianya sangat utuh berbeza dengan limpahan atau lambakan perabot moden di pasaran sekarang yang tidak berkualiti tinggi.

Dengan bermodalkan wang saku sendiri sebanyak RM 15,000.00, beliau mendirikan bengkel dan membeli beberapa peralatan pembuatan perabut seperti mesin gergaji bermeja atau tablesaw, mesin ketam kayu, mesin gergaji mudah alih, mesin pemampat angin bertekanan tinggi dan beberapa peralatan tangan untuk kerja-kerja ketukangan kayu.

Di Felda Bukit Puchong sendiri, produk perabot kayu pine Badin ini cukup terkenal dengan kualiti pembuatan yang kemas dan tidak hairanlah perabot-perabot yang di hasilkan oleh Badin ini mudah di lihat di ruang-ruang tamu rumah dan di kedai-kedai makan.

Buat masa sekarang, Badin tidak lagi menerima sebarang tempahan buat sementara waktu kerana ada tempahan yang di buat semasa Bulan Ramadhan perlu di siapkan dan kali ini tempahan banyak di terima di bahagian Johor terutama kawasan Pasir Gudang.

Bercerita tentang bagaimana Badin mempromosikan produk-produk perabutnya, buat masa ini beliau banyak menggunakan aplikasi media sosial seperti What Apps dan bercadang ingin mengembangkan perniagaan yang beliau usahakan menggunakan platform seperti facebook dan instagram pada masa akan datang.

 

FOTO

badin1

badin2

badin3

badin4

 

badin5

 

badin6

 

badin7