perkasam2

Ikan pekasam bukan lah makanan baru dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Ia merupakan makanan tradisional turun temurun yang dihasilkan dari ikan air tawar yang ditangkap dari sungai, tali air dan sawah padi. Hidangan ikan pekasam mampu menggamit selera sekiranya dimasak dalam pelbagai cara dan resepi.

midah5

Kini produk ikan pekasam telah berjaya menempa nama di dalam pasaran negara kita Malaysia. Pn. Hamidah Binti Muhamud Zin, 32 tahun merupakan antara pengusaha ikan pekasam yang telah berjaya mengetengahkan produk ikan pekasamnya ke pasaran luar. Hasil latihan dan bimbingan dari Jabatan Pertanian Bera dan Peladang Daerah Bera, produk ikan pekasan Pn Hamidah telah diberi penjenaman di bawah Produk Bera Best. Apa yang membanggakan, pada tahun 2014 yang lalu Pn Hamidah merupakan antara ribuan usahawan yang terlibat dalam mempromosi dan menjual produk ikan pekasamnya di dalam Program MAHA 2014.

midah7

Kemudahan dan latihan ICT yang disediakan di PI1M Felda Bukit Puchong telah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh Pn Hamidah apabila terlibat dalam Program Pengguna Bijak & Keusahawanan, Program Latihan Membina Laman Web (Wordpress) dan latihan asas komputer. Pn Hamidah turut memanfaatkan aplikasi media sosial (Facebook) bagi mempromosi serta menjual produknya kepada para pelanggan. Pn Hamidah juga mempunyai pengedar produk ikan pekasam di sekitar Melaka, Perak, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan bagi mempromosi dan menjual ikan pekasam. Khidmat nasihat dan bimbingan dari petugas PI1M Felda Bukit Puchong turut membakar semangat Pn Hamidah untuk terus maju sebagai usahawanita yang berjaya. Terkini, Pn Hamidah telah menghasilkan satu lagi produk pekasam iaitu pekasam daging dan ia turut mendapat sambutan yang positif dari pelanggan. 

perkasam1 

PRODUK : PEKASAM WARISAN
DIKELUARKAN OLEH : SHAMIDA BERKAT MAJU ENTERPRISE
NAMA USAHAWAN : PUAN HAMIDAH BINTI MUHAMUD ZIN
ALAMAT : NO.367,FELDA BUKIT PUCHONG,28300 TRIANG.PAHANG
TELEFON : 09-2459392/017-6337107/012-9089520