10santan

Encik Mohd Faizal Bin Abdullah telah menceburi bidang perniagaan memproses santan kelapa segar di kedai milik keluarganya sejak tahun 2009 hinggalah sekarang.

Untuk makluman semua, saudara Mohd Faizal merupakan seorang usahawan berstatus OKU atau Orang Kurang Upaya-Fizikal bahagian tangan sebelah kiri.

14santan

Di sebabkan beliau tidak boleh bekerja dengan menggunakan tenaga dan kudrat yang kuat, akhirnya beliau memutuskan untuk berniaga secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupannya.

Dengan kegigihan dan ketekunan beliau mengharungi cabaran dan liku-liku turun naik perniagaan berasaskan kelapa dan santan segar, tahun ini (2018) merupakan tahun yang ke-10 usia perniagaan yang beliau ceburi dan ianya kekal bertahan.

Pada kesempatan ini juga, saudara Mohd Faizal turut melahirkan rasa berterima kasih kepada Jabatan Tenaga Kerja melalui Kementerian Sumber Manusia kerana telah sudi menjadikan beliau sebagai salah seorang peserta SGBP-OKU atau Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya dengan memberi hampir sebelas buah mesin pemprosesan kelapa dan santan segar bagi memudahkan beliau berniaga.

16santan

Selain dari menghasilkan santan segar, beliau turut menghasilkan produk hiliran dari santan kelapa iaitu kerisik yang di buat sendiri oleh ibunya dan permintaan untuk santan segar dan kerisik ini paling tinggi permintaannya adalah pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.Beliau juga sedia menerima tempahan santan segar bagi majlis perkahwinan dan lain-lain lagi.

Beliau juga turut menzahirkan rasa bertuah dalam perniagaan yang di usahakan kerana kunci perniagaan beliau adalah stok bekalan kelapa sendiri kerana beliau mempunyai sebidang tanah yang di tanam dengan kelapa dan tidak perlu di beli dari peraih dan orang ketiga.

12santan

Bercerita tentang promosi perniagaan beliau melalui media sosial, beliau banyak menerima tempahan santan segar melalui aplikasi mudah alih seperti What Apps dan facebook.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan santan segar dan kerisik dari saudara Mohd Faizal, bolehlah menghubungi beliau di talian mudah alih 014-8166745.

15santan