abgmani5

Encik Rahmani Bin Abas merupakan salah seorang usahawanyang kerap menyertai kelas latihan yang di adakan oleh pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong.

Tujuan beliau menyertai kelas latihan adalah kerana beliau sangat meminati perniagaan yang berasaskan atas talian.

Kelas Keusahawanan yang terakhir beliau pernah hadiri ialah pada 22 Mei 2016 tahun lepas pada program Keusahawan Media Sosial.

abgmani1

Bertitik dari menyertai kursus Penghasilan Baja Bio Organik yang di anjurkan oleh pihak MARDI pada penghujung bulan Oktober 2016 yang lalu, kini Encik S.Rahmani telah mengorak langkah berani di mana selepas tamatnya kursus beliau segera mengaplikasikan apa yang telah beliau pelajari pada kursus tersebut dan setelah hampir 6 bulan beliau sekarang bergelar usahawan Baja Bio Organik di Felda Bukit Puchong.

Ketika di temui oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong baru-baru ini,beliau sedang sibuk membungkus baja organik yang di tempah oleh pelanggan tetapnya yang terdiri daripada warga Felda Bukit Puchong.

Beliau turut menambah, bahawa kadang-kadang beliau tidak dapat memenuhi tempahan para pelanggannya di sebabkan kekurang bahan mentah seperti tinja ternakan bagi di proses menjadi baja bio organik dan berharap masalah tersebut dapat di selesaikan ti dak lama lagi.

abgmani2

Buat sementara ini, proses pengeluaran baja bio organik ini di hasilkan di kilang sementara dan akan beroperasi secara tetap di kilang yang akan di bina tidak lama lagi.

abgmani4

Apa yang menarik perhatian petugas Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong ialah kesediaan beliau memasarkan produk yang beliau sendiri hasilkan iaitu baja bio organik ke pasaran yang lebih besar melalui media sosial seperti halaman facebook dan aplikasi what apps.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong melalui program yang telah di adakan dan konsultansi berterusan dari pihak Pusat Internet 1Malaysia terutama dalam memperluaskan dan promosi perniagaan beliau melalui media sosial seperti facebook dan aplikasi telefon what apps, kini pendapatan kasar bulanan beliau boleh mencecah sehingga RM 1000 – RM 1500 sebulan dan bakal meningkat berkali-kali gandanya jika fasiliti pengeluaran baja bio organik telah siap beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi.