saziebatik2

20 Mei 2013,Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong.Setelah lama menanti dan menunggu peluang untuk menaikkan usahawan tempatan dengan menggunakan medium internet,Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong telah berjaya melatih seorang usahawanita iaitu Puan Noraziah Binti Adnan seorang pengusaha batik tradisional menggunakan platform internet bagi memasarkan produk batik untuk pasaran yang lebih besar.

saziebatik1

Hasil daripada temuramah ringkas beliau dengan petugas Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong sebelum ini, beliau pernah mencuba menggunakan medium internet sebagai platform memasarkan hasil batik tradisional bagi mendapatkan pasaran yang lebih luas dan besar tetapi hasilnya agak kurang memuaskan kerana beliau tidak pandai memanipulasi penggunaan internet secara total dan ada sedikit keraguan atau tidak berapa yakin dengan budaya perniagaan atas talian.

saziebatik3

Atas kesempatan yang terhidang,Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong segera memberi tunjuk ajar kepada Puan Noraziah Binti Adnan (pengusaha batik tradisional) tentang penggunaan internet terutama media social seperti facebook dan halaman blog bagi mendapatkan pasaran yang sepatutnya dan seterusnya meningkatkan lagi hasil jualan produk beliau.

saziebatik4

Buat masa sekarang Puan Noraziah Binti Adnan sedang mengikuti kelas latihan yang pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong sediakan khas untuk beliau dan modul yang beliau sedang ikuti ialah modul perniagaan atas talian dengan menggunakan media social facebook.Bagi siapa-siapa yang berminat untuk mendapatkan produk batik tradisional,bolehlah berkunjung di Halaman Peminat Facebook di alamat facebook.com/SaizieBatikEnt.