tabungfelda2

TABUNG USAHAWAN BELIA FELDA (TUBF)

TUBF merupakan inisiatif antara Kerajaan dan FELDA dalam membantu usahawan muda FELDA memula dan mengukuhkan perniagaan.

Dengan dana ini juga, ia akan menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi usahawan FELDA di kawasan rancangan FELDA.

TUBF adalah pinjaman mudah kepada usahawan golongan belia (anak, cucu, dan cicit peneroka/pentadbir) dalam lingkungan umur 18 hingga 40 tahun.

Untuk makluman, TUBF dilaksanakan hasil kerjasama antara Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan tabung usahawan ini adalah seperti berikut:

  1. i) Usahawan sedia ada

Golongan belia (18 hingga 40 tahun).

Urusniaga perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun.

4 pakej perniagaan ditawarkan iaitu perkhidmatan, kraf, perniagaan, dan perusahaan.

  1. ii) Usahawan Baharu

Golongan belia (18 hingga 40 tahun).

Urusniaga perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan.

6 pakej perniagaan ditawarkan iaitu kiosk makanan, bakeri, andaman, jahitan, IT, dan car wash.

Maklumat-maklumat tambahan:

  1. Had pinjaman adalah RM5,000 sehingga RM20,000 (tertakluk kepada kelulusan akhir BIMB)
  2. Pemohon mestilah tidak mempunyai masalah kredit seperti CTOS @ CCRIS
  3. Pemohon perlu mendapatkan surat pengesahan dan sokongan dari Pengurus Rancangan
  4. Borang TUBF boleh didapati di pejabat rancangan atau boleh scan QR code seperti di lampiran.
  5. Tiada tarikh tutup permohonan sehingga dimaklumkan kemudian
  6. 2 permohonan/keluarga peneroka dengan syarat tidak boleh mempunyai nama pemohon dan jenis perniagaan yang sama
  7. Semua usahawan belia FELDA layak memohon samada tinggal di dalam/luar rancangan atau premis berada di dalam/luar rancangan. Walaubagaimanapun, keutamaan adalah belia yang berada di dalam rancangan.
  8. Setiap permohonan DIWAJIBKAN untuk bersetuju membuat potongan paysheet sekiranya tiada pembayaran dibuat oleh peminjam
  9. Pemohon DIWAJIBKAN mempunyai SSM / berdaftar dengan PBT

Kepada mana-mana belia Felda Bukit Puchong yang memenuhi syarat di atas, bolehlah menghubungi atau dating sendiri ke Pejabat Felda Bukit Puchong untuk mendapatkan borang tersebut.

GAMBAR

tabungfelda1

USAHAWANITA PUAN IZZARIMAH IDRIS

0000000000000abc88

Kali ini kami dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Felda Bukit Puchong, ingin menyorot dan mempromosikan perniagaan dari Puan Izzarimah Idris iaitu perniagaan pakaian kanak-kanak dan dewasa, selimut toto dan karpet murah.

Lokasi kedai perniagaan yang Puan Izzarimah usahakan ini terletak di bangunan Badan Khairat dan Kebajikan Felda Bukit Puchong.

Sebelum ini, beliau berniaga pasar malam dan pasar pagi di seluruh Daerah Bera tetapi di sebabkan berlakunya pandemik Covid 19 yang berlaku pada tahun 2020, perniagaan yang beliau usahakan bersama suaminya iaitu Encik Adi terhenti seketika.

Sejak dari itu, bermulalah era perniagaan melalui media sosial seperti Facebook dan What Apps dan sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan di tarik oleh pihak Kerajaan Malaysia.

Puan Izzarimah ini sering mengikuti program dan kelas keusahawanan yang di adakan oleh pihak Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Felda Bukit Puchong maka tidak hairanlah semasa PKP berlaku, perniagaan yang beliau usahakan masih berjalan seperti biasa.

Perniagaan yang Puan Izzarimah ini mula mendapat sambutan hebat ketika bermulanya Ramadhan 2022 kerana banyak pakaian dewasa dan kanak-kanak terkini di jual di kedai tersebut.

Selain itu, Puan Izzarimah turut menjual selimut toto dan karpet dengan harga mampu milik.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi Puan Izzarimah melalui facebooknya di

https://www.facebook.com/izarimah.qasehspa dan What Appsnya

http://wa.me/601126046742/bantal

GAMBAR

0000000000000abc87

0000000000000abc89

0000000000000abc90

USAHAWAN CENDAWAN TIRAM SEGAR HZ REZEKI TRADING

0000000000000abc8

Perniagaan Cendawan Tiram Segar ini telah di usahakan oleh sepasang suami isteri iaitu Encik Zilal Arbi dan Puan Hazmiani sejak tahun 2017 yang lalu dengan bermodalkan duit sendiri.

Sebelum ini, Encik Zilal Arbi bekerja sebagai pembuat roti dan pastry selama 20 tahun untuk pasaraya terkemuka di Malaysia seperti AEON, CARREFOUR dan JUSCO.

Produk utama yang di hasilkan oleh pasangan suami isteri ini antaranya adalah cendawan tiram segar dan bongkah tanaman cendawan tiram, manakala produk hiliran pula ialah cuka kayu iaitu suplemen untuk tanaman dan pokok telah mendapat sambutan yang begitu menggalakan dari masyarakat setempat dan masyarakat luar daerah Bera itu sendiri.

Sebagai contoh, baru-baru ini mereka telah telah berjaya menjual produk bongkah tanaman cendawan tiram ke negeri Kedah, Kelantan dan Johor.Manakala bagi pasaran tempatan pula, produk cendawan tiram segar ini boleh di dapati di Pasaraya Mukmin Mart, Smart Bera dan Ikhwan Mart di daerah Temerloh.

Pendapatan kasar bagi jualan keseluruhan produk utama dan hiliran cendawan tiram ini pula boleh mencecah 18 ribu ringgit sebulan.

Usaha bagi mempromosikan dan jualan produk yang telah di hasilkan oleh pasangan ini harus di beri pujian kerana tidak terlalu bergantung kepada pasaran konvensional atau terikat dengan mana-mana pasar jualan ini kerana Encik Arbi dan isterinya lebih suka menjual produk yang mereka hasilkan dengan menggunakan landasan media sosial seperti penggunaan laman facebook dan aplikasi what apps yang lebih bebas dan mesra pengguna.

Peranan Pusat Internet Felda Bukit Puchong pula ialah kami banyak membantu dan mengajarkan Encik Arbi dan isterinya dalam menjalankan perniagaan menggunakan laman facebook.

Di samping itu, Encik Arbi kerap menggunakan kemudahan yang di tawarkan oleh Pusat Internet Felda Bukit Puchong seperti penggunaan internet dalam menjalani kursus penanaman cendawan tiram secara atas talian akibat kekangan dari wabak Covid-19 yang sedang melanda negara kita.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk cendawan tiram segar yang di hasilkan oleh Syarikat HZ Rezeki Trading ini, bolehlah menghubungi atau datang sendiri ke alamat;

No.303,Felda Bukit Mendi,

28320 Triang.

Pahang Darul Makmur

Facebook : https://www.facebook.com/hasmiani.zilal

What Apps :+60175707313

FOTO

0000000000000abc10

0000000000000abc9

0000000000000abc3

  0000000000000abc70000000000000abc2

0000000000000abc6

0000000000000abc1

0000000000000abc50

PROGRAM PEMBANGUNAN PENEROKA FELDA BUKIT PUCHONG

Program Pembangunan Peneroka atau PPP telah di perkenalkan oleh FELDA melalui Jabatan Pembangunan Pertanian dan Penternakan (JPPT) FELDA pada awal tahun 2022.

Program ini adalah inisiatif kerajaan Malaysia bagi membantu warga peneroka untuk mendapatkan pendapatan tambahan menerusi aktiviti bukan komoditi utama seperti sawit dan getah.

Tujuan utama Program Pembangunan Peneroka atau PPP ini adalah untuk memberikan pendapatan tambahan kepada peneroka dan menjamin keselamatan makanan negara.

Program ini boleh di sertai oleh 112,638 orang peneroka di seluruh negara atau sebanyak 317 buah rancangan FELDA.

Di anggarkan oleh pihak FELDA, rata-rata usahawan yang di hasilkan dari program ini akan memperolehi pendapatan sebanyak RM500 hingga RM 1,000 bagi setiap peneroka yang berminat.

Bidang pertanian yang tersedia dalam program ini bagi Fasa Projek Peneroka adalah seperti penternakan arnab, ayam kampung, fertigasi dan madu kelulut.

Manakala bagi program Fasa Projek Komersil, projek pertanian ini akan di jalankan dalam skala yang besar dengan penglibatan usahawan, pemaju dan rakan strategik seperti pihak Agro Bank.

Sektor pertanian pula melibatkan penanaman halia, fertigasi cili kulai, nanas MD2, lembu tenusu, lembu fidlot dan kambing tenusu.

Kepada mana-mana warga Felda Bukit Puchong terutamanya,bakal-bakal usahawan yang berminat untuk menyertai program ini, bolehlah mendapatkan borang dan maklumat berkenaan projek ini di Pejabat FELDA Bukit Puchong.

GAMBAR

0000000000000abc51

0000000000000abc52

0000000000000abc53

PROGRAM KEUSAHAWANAN ONLINE PUSAT INTERNET-SIRI 1

Pada 4 dan 5 Ogos 2020 yang lalu, Pusat Internet Felda Bukit Puchong telah mengadakan Program Keusahawanan Online selama 2 hari dan program ini di adakan adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi cabang perniagaan usahawan-usahawan yang telah di bantu dan di bimbing selama ini oleh Pusat Internet Felda Bukit Puchong mengorak langkah dalam menggunakan platform pasaran yang lagi besar seperti Lazada dan Shoppe.

Untuk sesi bengkel pertama ini, Pusat Internet Felda Bukit Puchong telah memilih untuk melatih dan membimbing 3 orang usahawanita produk kesihatan dan kecantikan wanita. Ketiga-tiga usahawanita ini di pilih untuk di bimbing oleh Pusat Internet Felda Bukit Puchong kerana mereka-mereka ini sangat gigih dan cekal berniaga dengan menggunakan platform facebook sebelum ini.

000000000abc2

000000000abc1

000000000abc3

000000000abc4