0000000000000abc50

PROGRAM PEMBANGUNAN PENEROKA FELDA BUKIT PUCHONG

Program Pembangunan Peneroka atau PPP telah di perkenalkan oleh FELDA melalui Jabatan Pembangunan Pertanian dan Penternakan (JPPT) FELDA pada awal tahun 2022.

Program ini adalah inisiatif kerajaan Malaysia bagi membantu warga peneroka untuk mendapatkan pendapatan tambahan menerusi aktiviti bukan komoditi utama seperti sawit dan getah.

Tujuan utama Program Pembangunan Peneroka atau PPP ini adalah untuk memberikan pendapatan tambahan kepada peneroka dan menjamin keselamatan makanan negara.

Program ini boleh di sertai oleh 112,638 orang peneroka di seluruh negara atau sebanyak 317 buah rancangan FELDA.

Di anggarkan oleh pihak FELDA, rata-rata usahawan yang di hasilkan dari program ini akan memperolehi pendapatan sebanyak RM500 hingga RM 1,000 bagi setiap peneroka yang berminat.

Bidang pertanian yang tersedia dalam program ini bagi Fasa Projek Peneroka adalah seperti penternakan arnab, ayam kampung, fertigasi dan madu kelulut.

Manakala bagi program Fasa Projek Komersil, projek pertanian ini akan di jalankan dalam skala yang besar dengan penglibatan usahawan, pemaju dan rakan strategik seperti pihak Agro Bank.

Sektor pertanian pula melibatkan penanaman halia, fertigasi cili kulai, nanas MD2, lembu tenusu, lembu fidlot dan kambing tenusu.

Kepada mana-mana warga Felda Bukit Puchong terutamanya,bakal-bakal usahawan yang berminat untuk menyertai program ini, bolehlah mendapatkan borang dan maklumat berkenaan projek ini di Pejabat FELDA Bukit Puchong.

GAMBAR

0000000000000abc51

0000000000000abc52

0000000000000abc53