abgmani5

Encik Rahmani Bin Abas merupakan salah seorang usahawanyang kerap menyertai kelas latihan yang di adakan oleh pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong.

Tujuan beliau menyertai kelas latihan adalah kerana beliau sangat meminati perniagaan yang berasaskan atas talian.

Kelas Keusahawanan yang terakhir beliau pernah hadiri ialah pada 22 Mei 2016 tahun lepas pada program Keusahawan Media Sosial.

abgmani1

Bertitik dari menyertai kursus Penghasilan Baja Bio Organik yang di anjurkan oleh pihak MARDI pada penghujung bulan Oktober 2016 yang lalu, kini Encik S.Rahmani telah mengorak langkah berani di mana selepas tamatnya kursus beliau segera mengaplikasikan apa yang telah beliau pelajari pada kursus tersebut dan setelah hampir 6 bulan beliau sekarang bergelar usahawan Baja Bio Organik di Felda Bukit Puchong.

Ketika di temui oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong baru-baru ini,beliau sedang sibuk membungkus baja organik yang di tempah oleh pelanggan tetapnya yang terdiri daripada warga Felda Bukit Puchong.

Beliau turut menambah, bahawa kadang-kadang beliau tidak dapat memenuhi tempahan para pelanggannya di sebabkan kekurang bahan mentah seperti tinja ternakan bagi di proses menjadi baja bio organik dan berharap masalah tersebut dapat di selesaikan ti dak lama lagi.

abgmani2

Buat sementara ini, proses pengeluaran baja bio organik ini di hasilkan di kilang sementara dan akan beroperasi secara tetap di kilang yang akan di bina tidak lama lagi.

abgmani4

Apa yang menarik perhatian petugas Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong ialah kesediaan beliau memasarkan produk yang beliau sendiri hasilkan iaitu baja bio organik ke pasaran yang lebih besar melalui media sosial seperti halaman facebook dan aplikasi what apps.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong melalui program yang telah di adakan dan konsultansi berterusan dari pihak Pusat Internet 1Malaysia terutama dalam memperluaskan dan promosi perniagaan beliau melalui media sosial seperti facebook dan aplikasi telefon what apps, kini pendapatan kasar bulanan beliau boleh mencecah sehingga RM 1000 – RM 1500 sebulan dan bakal meningkat berkali-kali gandanya jika fasiliti pengeluaran baja bio organik telah siap beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi.

Di dalam video ini kami sorotkan 4 pengusaha atau penternak dalam segmen Agro Pelancongan di Bera khususnya di Felda Bukit Puchong.

Bagi segmen penternakan ruminan besar atau penternakan lembu fidlot, ini ia di usahakan oleh Encik Ramli Bin Ali di kandang miliki beliau.Menurut Encik Ramli lagi, kaedah penternakan lembu secara fidlot ini adalah untuk mensasarkan kenaikan berat lembu dalam masa sehari dan ianya akan berlanjutan sehingga 3 bulan hingga berat maksimum tercapai dan barulah lembu yang di ternakan tadi di jual.Beliau turut menambah lagi, kandang fidlotnya mampu menampung sehingga 50 ekor lembu dalam satu-satu masa.

Bagi segmen penternakan rusa pula, ianya di usahakan oleh Encik Halil Bin Hamat.Sebenarnya penternakan rusa ini masih baru dan di sebabkan minat yang sangat dalam terhadap rusa ini Encik Halil sanggup mengeluarkan modal yang besar bagi menjayakan penternakan rusa tersebut.Rusa yang di ternak oleh Encik Halil ini adalah daripada spesis Cervus timorensis dan harga bagi setiap induk adalah sebanyak RM 2000 - 2500.Buat masa sekarang ini, rusa yang di ternak adalah sebanyak 10 ekor di mana 1 ekor pejantan dan 9 induk betina tambah beliau lagi.

Bagi segmen penternakan kambing biri-biri pula, ia di usahakan oleh Encik Yazid Bin Yatim Mustapa melalui syarikatnya iaitu Beradik Farms di ladang ternakannya seluas hampir 7 ekar dengan 120 ekor dari spesis Barbados Black Belly.Penternakan biri-biri ini telah di usahakan oleh beliau hampir 4 tahun lalu dan sekarang ladangnya telah mengeluarkan hasil kambing biri-biri tersebut dan kebanyakkan biri-biri tersebut di pasarkan sendiri oleh Encik Yazid.

Bagi segmen Lebat Madu Kelulut pula, ia di usahakan oleh Badan Kebajikan Pengurusan Masjid Insaniah Felda Bukit Puchong.Bagi projek penternakan madu ini ia turut mendapat khidmat pakar dari pihak seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan FAMA daerah Bera.Di fahamkan hasil dari penjualan madu lebah kelulut ini akan terus pergi tabung pengurusan masjid Insaniah Felda Bukit Puchong.

saziebatik2

20 Mei 2013,Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong.Setelah lama menanti dan menunggu peluang untuk menaikkan usahawan tempatan dengan menggunakan medium internet,Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong telah berjaya melatih seorang usahawanita iaitu Puan Noraziah Binti Adnan seorang pengusaha batik tradisional menggunakan platform internet bagi memasarkan produk batik untuk pasaran yang lebih besar.

saziebatik1

Hasil daripada temuramah ringkas beliau dengan petugas Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong sebelum ini, beliau pernah mencuba menggunakan medium internet sebagai platform memasarkan hasil batik tradisional bagi mendapatkan pasaran yang lebih luas dan besar tetapi hasilnya agak kurang memuaskan kerana beliau tidak pandai memanipulasi penggunaan internet secara total dan ada sedikit keraguan atau tidak berapa yakin dengan budaya perniagaan atas talian.

saziebatik3

Atas kesempatan yang terhidang,Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong segera memberi tunjuk ajar kepada Puan Noraziah Binti Adnan (pengusaha batik tradisional) tentang penggunaan internet terutama media social seperti facebook dan halaman blog bagi mendapatkan pasaran yang sepatutnya dan seterusnya meningkatkan lagi hasil jualan produk beliau.

saziebatik4

Buat masa sekarang Puan Noraziah Binti Adnan sedang mengikuti kelas latihan yang pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong sediakan khas untuk beliau dan modul yang beliau sedang ikuti ialah modul perniagaan atas talian dengan menggunakan media social facebook.Bagi siapa-siapa yang berminat untuk mendapatkan produk batik tradisional,bolehlah berkunjung di Halaman Peminat Facebook di alamat facebook.com/SaizieBatikEnt.

perkasam2

Ikan pekasam bukan lah makanan baru dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Ia merupakan makanan tradisional turun temurun yang dihasilkan dari ikan air tawar yang ditangkap dari sungai, tali air dan sawah padi. Hidangan ikan pekasam mampu menggamit selera sekiranya dimasak dalam pelbagai cara dan resepi.

midah5

Kini produk ikan pekasam telah berjaya menempa nama di dalam pasaran negara kita Malaysia. Pn. Hamidah Binti Muhamud Zin, 32 tahun merupakan antara pengusaha ikan pekasam yang telah berjaya mengetengahkan produk ikan pekasamnya ke pasaran luar. Hasil latihan dan bimbingan dari Jabatan Pertanian Bera dan Peladang Daerah Bera, produk ikan pekasan Pn Hamidah telah diberi penjenaman di bawah Produk Bera Best. Apa yang membanggakan, pada tahun 2014 yang lalu Pn Hamidah merupakan antara ribuan usahawan yang terlibat dalam mempromosi dan menjual produk ikan pekasamnya di dalam Program MAHA 2014.

midah7

Kemudahan dan latihan ICT yang disediakan di PI1M Felda Bukit Puchong telah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh Pn Hamidah apabila terlibat dalam Program Pengguna Bijak & Keusahawanan, Program Latihan Membina Laman Web (Wordpress) dan latihan asas komputer. Pn Hamidah turut memanfaatkan aplikasi media sosial (Facebook) bagi mempromosi serta menjual produknya kepada para pelanggan. Pn Hamidah juga mempunyai pengedar produk ikan pekasam di sekitar Melaka, Perak, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan bagi mempromosi dan menjual ikan pekasam. Khidmat nasihat dan bimbingan dari petugas PI1M Felda Bukit Puchong turut membakar semangat Pn Hamidah untuk terus maju sebagai usahawanita yang berjaya. Terkini, Pn Hamidah telah menghasilkan satu lagi produk pekasam iaitu pekasam daging dan ia turut mendapat sambutan yang positif dari pelanggan. 

perkasam1 

PRODUK : PEKASAM WARISAN
DIKELUARKAN OLEH : SHAMIDA BERKAT MAJU ENTERPRISE
NAMA USAHAWAN : PUAN HAMIDAH BINTI MUHAMUD ZIN
ALAMAT : NO.367,FELDA BUKIT PUCHONG,28300 TRIANG.PAHANG
TELEFON : 09-2459392/017-6337107/012-9089520