Encik Sabarudin Bin Sampol atau mesra di sapa Badin di kalangan masyarakat setempat telah memulakan perniagaan pembuatan perabot kayu pine sejak 2 tahun yang lepas walaupun tidak pernah mempelajari ilmu pembuatan perabot secara formal.

Ketika di tanya oleh petugas tentang bagaimana beliau memulakan perniagaan membuat perabot kayu pine ini, beliau menjawab perniagaan yang beliau buat sekarang adalah kerana minat yang mendalam terhadap proses pembuatan dan rekabentuk perabut moden yang kelihatan ringkas, bergaya dan dalam masa yang sama ianya sangat utuh berbeza dengan limpahan atau lambakan perabot moden di pasaran sekarang yang tidak berkualiti tinggi.

Dengan bermodalkan wang saku sendiri sebanyak RM 15,000.00, beliau mendirikan bengkel dan membeli beberapa peralatan pembuatan perabut seperti mesin gergaji bermeja atau tablesaw, mesin ketam kayu, mesin gergaji mudah alih, mesin pemampat angin bertekanan tinggi dan beberapa peralatan tangan untuk kerja-kerja ketukangan kayu.

Di Felda Bukit Puchong sendiri, produk perabot kayu pine Badin ini cukup terkenal dengan kualiti pembuatan yang kemas dan tidak hairanlah perabot-perabot yang di hasilkan oleh Badin ini mudah di lihat di ruang-ruang tamu rumah dan di kedai-kedai makan.

Buat masa sekarang, Badin tidak lagi menerima sebarang tempahan buat sementara waktu kerana ada tempahan yang di buat semasa Bulan Ramadhan perlu di siapkan dan kali ini tempahan banyak di terima di bahagian Johor terutama kawasan Pasir Gudang.

Bercerita tentang bagaimana Badin mempromosikan produk-produk perabutnya, buat masa ini beliau banyak menggunakan aplikasi media sosial seperti What Apps dan bercadang ingin mengembangkan perniagaan yang beliau usahakan menggunakan platform seperti facebook dan instagram pada masa akan datang.

 

FOTO

badin1

badin2

badin3

badin4

 

badin5

 

badin6

 

badin7