1myplace

Sebelum tirai 2017 di tutup selang beberapa hari lagi, pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong ingin mewar-warkan aplikasi terbaharu dalam keluarga Dashboard Komuniti adalah Myplace.

Dalam Myplace, pengunjung boleh mengakses beberapa kemudahan seperti mengetahui tempat makan, inap desa atau homestay dan tempat peranginan yang terdapat di seluruh Malaysia sebagai contohnya apa yang terdapat di Felda Bukit Puchong.

1myplace1

Selain daripada itu, aplikasi ini turut menyediakan peta Google Maps sebagai panduan dan koordinat yang tepat untuk kawasan tersebut bagi memudahkan para pengunjung untuk pergi ke kawasan tersebut.

Bagi Bukit Puchong, aplikasi Myplace di Dashboard Komuniti buat masa ini hanya boleh merujuk kepada tempat makan dan kami berharap pihak komuniti terutamanya usahawan desa atau peniaga kedai makanan, pengusaha inap desa dan lain-lain lagi yang terdapat di Felda Bukit Puchong dapat mengambil bahagian dan menyokong usaha kami ini bagi mempromosikan kampung Felda Bukit Puchong keseluruh Malaysia dan seterusnya melonjakkan atau menjana ekonomi desa kampung secara keseluruhannya.

1myplace2

poster game boink ball

Setelah berakhirnya pertandingan permainan atas talian “Durian Runtuh” baru-baru ini, kini pertandingan baharu iaitu “Boink Ball” telah kembali menerjah setiap Pusat Internet 1Malaysia.

Untuk itu pihak kami atau Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong berbesar hati menjemput anda semua atau ahli-ahli yang berdaftar dan mempunyai telefon mudah alih atau gajet telekomunikasi untuk muat turun aplikasi “Boink Ball” di Gedung Google Play.

Bagi ahli-ahli Pusat Internet 1Malaysia yang baharu berdaftar dan ingin menyertai pertandingan ini, anda perlu ikuti langkah-langkah mudah seperti yang telah tertera di bawah :

  1. Klik ikon Play Store untuk buka Google Play.
  2. Taip perkataan “Boink Ball” di ruang carian.
  3. Klik Ikon “Boink Ball” dari Kuaci Studio.
  4. Klik butang INSTALL.
  5. Klik butang ACCEPT dan tunggu sehingga “Boink Ball” selesai di muat turun.
  6. Klik butang OPEN dan mula bermain.

Pertandingan “Boink Ball” ini turut di jalankan pada Hari Terbuka Dashboard Komuniti Bulan November 2017 atau pada 18 November 2017 (akan datang) ini dan kami ingin menjemput anda semua untuk menyertai pertandingan tersebut.

Bagi peserta yang ingin menyertai, anda perlulah mengikuti langkah-langkah mudah seperti tertera di bawah :

  1. Klik butang LOGIN.
  2. Masukkan Username (Id Pi1M anda) dan Password dan klik butang OK.
  3. Masukkan No telefon anda dan klik butang ACCEPT untuk menerima Terms and Conditions yang diberi.
  4. Klik butang LEADERBOARD untuk melihat Ranking anda.
  5. Leaderboard dan ranking juga boleh dilihat setiap kali permainan tamat.
  6. Leadeaboard di tentukan dengan markah yang paling tinggi.

Untuk makluman juga, pertandingan ini berakhir pada 31 dis 2017, dan nama akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tutup penyertaan.

Pada 17 haribulan September 2017 yang lalu, bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong telah berlangsung Program Hari Terbuka Dashboard Komuniti bagi bulan September 2017.

Mengikut tarikh sebenar Program Hari Terbuka Dashboard Komuniti bagi bulan September 2017 ini adalah jatuh pada hari Jumaat bersamaan dengan 15 September 2017 terpaksa di tunda kerana terdapat masalah teknikal yang tidak dapat di elakkan dan paling utama ialah pihak kami cuba elakkan daripada melalukan program yang di rancangan pada hari persekolahan kerana khuatir dengan jumlah penyertaan dari para pelajar sekolah rendah dan menengah.

Seperti program yang lalu, pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong telah menggerakkan aktiviti promosi secara besar-besaran di seluruh kawasan perkampungan dan menyelaras semua aktiviti kerjasama dengan badan atau organisasi yang terdapat di sini.

Alhamdullilah sokongan daripada masyarakat setempat pada program kali ini tidak kurang hebatnya seperti Program Hari Terbuka Dashboard Komuniti bagi bulan Ogos 2017 yang lalu.

Aktiviti bagi Program Hari Terbuka Dashboard Komuniti bagi bulan September 2017 ini di mulakan dengan pendaftaran peserta dan ahli baru dan aktiviti yang pertama mengambil tempat ialah acara Pertandingan Mewarna Secara Online untuk para pelajar TABIKA KEMAS bersama-sama ibubapa masing-masing.

Seterusnya acara Pertandingan Puzzle Dashboard bagi para pelajar sekolah rendah, acara Word Search Dashboard bagi para pelajar sekolah menengah dan dewasa, acara Kuiz Kahoot dan Dashboard Run Challenge terbuka.

Acara yang paling di nantikan iaitu Cabutan Bertuah untuk pengunjung yang hadir adalah acara yang paling mendapat tempat selain daripada Pertandingan Kuiz Dashboard Komuniti dan Pertandingan Durian Runtuh.

Jumlah kedatangan pengunjung secara kasar yang di rekod adalah seramai 70 hingga 80 orang.Pada mulanya kami agak sedikit risau kerana semasa program ini bermula penyertaan menunjukkan jumlah yang sedikit tetapi kami lega apabila lebih ramai yang hadir pada jam yang seterusnya.

dashboardcontest1

Sepanjang bulan Ogos dan September 2017 terutama selepas pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong telah menjalankan program bulanan Dashboard Komuniti secara bulanan dan berturut-turut, kami telah menggerakkan aktiviti promosi secara besar-besaran Pertandingan Dashboard Komuniti dan Durian Runtuh kepada peserta yang hadir pada program tersebut.

dashboardcontest2

Alhamdulillah pertandingan tersebut telah mendapat penyertaan yang memberangsangkan dari semua pihak terutama pada golongan para pelajar sekolah rendah, menengah, belia dan surirumah.

Bagi Pertandingan Dashboard Komuniti kami menyasarkan penyertaan yang tinggi untuk pertandingan tersebut kerana rata-rata peserta adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang tidak mempunyai telefon mudah alih dan boleh menyertai pertandingan tersebut dengan cara log masuk di halaman sesawang dashboard.pi1m.my.

dashboardcontest3

Manakala penyertaan Pertandingan Durian Runtuh pihak kami telah menyasarkan penyertaan yang tinggi daripada golongan pelajar sekolah menengah, belia dan surirumah kerana ramai di antara mereka telah atau mempunyai telefon mudah alih dan boleh memuat turun aplikasi tersebut serta mainkan kuiz tersebut bila-bila masa sahaja dan pihak kami turut menyediakan hadiah misteri bagi peserta yang memuat turun aplikasi Dashboard Komuniti dan Kuiz Durian Runtuh.

dashboardcontest4

Untuk pengetahuan semua, Pertandingan Dashboard Komuniti dan Kuiz Durian Runtuh ini bermula pada bulan Julai 2017 dan akan tamat pada 30 Disember 2017.Pelbagai hadiah yang menarik di tawarkan pada kuiz tersebut dan kami berharap akan ramai lagi penyertaan dari komuniti Felda Bukit Puchong pada masa akan datang.InshaAllah.

android2

Pada 21 dan 22 Januari 2017 yang lalu, bertempat di Kolej Komuniti Bentong, Pahang telah di adakan satu program kursus jangka pendek iaitu Kursus Pembangunan Aplikasi Android (Asas) bagi para petugas Pusat Internet 1Malaysia Pengurus dan Penolong Pengurus) khasnya untuk negeri Pahang.

Tujuan kursus pendek ini di adakan adalah untuk melatih para petugas Pusat Internet 1Malaysia mengendalikan kursus android yang telah di pelajari di Kolej Komuniti ke Pusat Internet 1Malaysia masing-masing apabila kursus tersebut telah tamat dengan jayanya.

android3

Kursus Pembangunan Aplikasi Android (Asas) ini adalah program usahasama di anatar Kolej Komuniti Bentong dan Pusat Internet 1Malaysia Kluster Temerloh dan setiap peserta di kenakan bayaran yuran program sebanyak RM 50 bagi program yang berlangsung selama 2 hari.

Seramai 20 orang peserta seluruh negeri Pahang terpilih mengikut kursus pendek pada kali ini kerana tempat adalah sangat terhad dan terpaksa di bahagikan kepada beberapa sesi pada masa akan datang.

android1

Rata-rata peserta yang telah mengikut program kursus jangka pendek ini merasakan bahawa tempoh 2 hari program tersebut di jalankan umpama tidak cukup kerana Kursus Pembangunan Aplikasi Android (Asas) ini memerlukan masa yang lama untuk menguasai asas pengaturcaraan pembangunan sistem android tersebut.

android4

Di sebabkan terdapat rungutan dari para peserta, pihak Kolej Komuniti Bentong berjanji akan mengadakan program Kursus Pembangunan Aplikasi Android (Pertengahan) pada masa akan datang.