Pada 17 haribulan September 2017 yang lalu, bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong telah berlangsung Program Hari Terbuka Dashboard Komuniti bagi bulan September 2017.

Mengikut tarikh sebenar Program Hari Terbuka Dashboard Komuniti bagi bulan September 2017 ini adalah jatuh pada hari Jumaat bersamaan dengan 15 September 2017 terpaksa di tunda kerana terdapat masalah teknikal yang tidak dapat di elakkan dan paling utama ialah pihak kami cuba elakkan daripada melalukan program yang di rancangan pada hari persekolahan kerana khuatir dengan jumlah penyertaan dari para pelajar sekolah rendah dan menengah.

Seperti program yang lalu, pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong telah menggerakkan aktiviti promosi secara besar-besaran di seluruh kawasan perkampungan dan menyelaras semua aktiviti kerjasama dengan badan atau organisasi yang terdapat di sini.

Alhamdullilah sokongan daripada masyarakat setempat pada program kali ini tidak kurang hebatnya seperti Program Hari Terbuka Dashboard Komuniti bagi bulan Ogos 2017 yang lalu.

Aktiviti bagi Program Hari Terbuka Dashboard Komuniti bagi bulan September 2017 ini di mulakan dengan pendaftaran peserta dan ahli baru dan aktiviti yang pertama mengambil tempat ialah acara Pertandingan Mewarna Secara Online untuk para pelajar TABIKA KEMAS bersama-sama ibubapa masing-masing.

Seterusnya acara Pertandingan Puzzle Dashboard bagi para pelajar sekolah rendah, acara Word Search Dashboard bagi para pelajar sekolah menengah dan dewasa, acara Kuiz Kahoot dan Dashboard Run Challenge terbuka.

Acara yang paling di nantikan iaitu Cabutan Bertuah untuk pengunjung yang hadir adalah acara yang paling mendapat tempat selain daripada Pertandingan Kuiz Dashboard Komuniti dan Pertandingan Durian Runtuh.

Jumlah kedatangan pengunjung secara kasar yang di rekod adalah seramai 70 hingga 80 orang.Pada mulanya kami agak sedikit risau kerana semasa program ini bermula penyertaan menunjukkan jumlah yang sedikit tetapi kami lega apabila lebih ramai yang hadir pada jam yang seterusnya.