SEKAPUR SIREH

pi1m1

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Felda Bukit Puchong atau yang dahulunya di kenali sebagai Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK), Triang, Pahang Darul Makmur mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat portal komuniti setempat kami.

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama pihak Telekom Malaysia (TM) Bhd dan MSD Digital Intelligence.

Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Komuniti bagi Fasa rintis (Fasa Pilot), 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pusat Internet 1Malaysia sebagai lokasi agar dapat merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pusat Internet 1Malaysia diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

pi1mbaharu3

Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet 1Malaysia sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)

e-Pembelajaran (e-Learning)

e-Dagang (e-Commerce)

Pengumpulan dan pertukaran maklumat

Pusat Komunikasi

Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian

Pusat peperiksaan dan persijilan

OBJEKTIF PENUBUHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA BUKIT PUCHONG

Menjadi pusat sehenti atau hab penggunaan ICT kepada penduduk luar bandar khususnya bagi merapatkan jurang digital. Pusat ini bukanlah sesuatu yang klise, gah atau dibuat-buat tetapi inilah situasi yang benar-benar berlaku kepada penduduk luar bandar khususnya penduduk kampung ini yang tidak mendapat peluang mengenali secara mendalam kuasa dunia digital tanpa sempadan ini. Rata-rata penduduk generasi pertama Felda (peneroka Felda Bukit Puchong) ini datang dari latarbelakang keluarga petani dari seluruh Malaysia. InsyaAllah dengan tertubuhnya PUSAT INTERNET 1MALAYSIA ini, maka dapatlah kita merealisasikan matlamat dalam membangunkan modal insan khususnya dalam pendidikan yang berasaskan ICT bagi merapatkan jurang digital dan seterusnya memberi manfaat kepada generasi seterusnya.

Menyahut seruan kerajaan dalam penggunaan ICT.

Dalam Pelan Pembangunan Jalur Lebar Kebangsaan, kerajaan telah menyasarkan penggunaan jalur lebar atau lebih dikenali sebagai penggunaan internet pada tahun 2010 adalah sebanyak 50% bagi keseluruhan penduduk Malaysia. Fakta sebenar yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi penggunaan ICT dalam Malaysia pada tahun ini adalah sebanyak 28% sahaja. Persoalan yang timbul, "Adakah penubuhan PUSAT INTERNET 1MALAYSIA ini relevan?". Sudah pasti relevan! Cuma dari pihak kami walaupun tidak menanggung keseluruhan bebannya tetapi tempiasnya tetap juga dirasai. Masa menjadi faktor utama dan boleh diibaratkan sebagi musuh yang sentiasa menanti untuk dikejar dan kami akan berpegang kepada satu pepatah Melayu yang berbunyi, "Bukit kalau ditarah sikit-sikit lama-lama gondol juga".

Menjadikan ICT sebagai gaya hidup masa kini.

Masyarakat bandar telah lama merasai kesan kuasa digital dunia tanpa sempadan ini dan secara tidak langsung telah mempengaruhi gaya hidup mereka pada masa kini. Oleh kerana kehidupan dalam bandar memerlukan seseorang itu perlu bergerak dalam keadaan pantas, kuasa digital ini amat diperlukan bagi menjadi platfom pemudahcara dalam pelbagai urusan kerja dan urusan peribadi mereka. Bagi masyarakat luar bandar, penggunaan kuasa digital bagi gaya hidup ini tidak perlu disamakan dengan masyarakat kota (yang sentiasa bergerak pantas) tetapi cukuplah dengan beberapa penggunaan aplikasi elektronik (E-Pembelajaran, E-Dagang dan E-Kerajaan) sebagai pemudahcara dalam kehidupan kampung yang sentiasa aman dan tenang.

pi1mbaharu4

 

politikdanpentadbiran4

 

TRIVIA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA BUKIT PUCHONG

Berkongsi bangunan yang sama dengan Pejabat Persatuan Veteran ATM Felda Bukit Puchong.

Dahulunya bangunan ini adalah milik kepada Persatuan Majlis Belia Felda (MBF) Felda Bukit Puchong.

Terletak dalam kawasan segitiga ekonomi Felda Bukit Puchong.

Dilengkapi dengan kemudahan 20 buah komputer yang terkini.

Bilik latihan yang selesa.

Sistem automasi pejabat.

Zon WIFI pertama di Felda Bukit Puchong.

Kuasa capaian internet yang terpantas.

Dilengkapi juga dengan sistem loceng penggera dan CCTV tercanggih.

Tenaga pengajar yang terlatih.

Latihan ICT diberi percuma.

Menyasarkan penggunaan ICT 100% kepada semua lapisan komuniti setempat dalam masa 3 tahun beroperasi.

Pusat Internet 1Malaysia ini bukanlah kafe siber seperti yang terdapat di pekan.

Slogan bagi Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong ialah "Jika dapat rasai kuasa ICTnya beritahu orang, jika tidak beritahu kami".

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA BUKIT PUCHONG

D/A PEJABAT MAJLIS BELIA FELDA (MBF)

FELDA BUKIT PUCHONG

28300 TRIANG.

PAHANG DARUL MAKMUR.