meeting1

Pada tarikh 12 Oktober 2015 yang lalu, bertempat di PI Felda Bukit Puchong telah di adakan satu mesyuarat Jawatankuasa PI Felda Bukit Puchong kali ke-4.

Tujuan mesyuarat ini di adakan adalah untuk mengumpulkan semua ahli jawatankuasa yang terpilih bagi sesi ramah mesra dan yang paling penting sekali ialah memperkenalkan kepada ahli jawatankuasa tersebut dengan operasi dan peralatan PI di tempat baharu kerana sebelum ini PI lama beroperasi di premis yang di kongsi bersama Pejabat JKKK Felda Bukit Puchong.

Banyak ulasan yang positif di terima daripada Tuan Haji Muhammad Amin Bin Sardi selaku Pengerusi PI dan Tuan Pengurus iaitu Encik Misbari bin Nazir selaku Penanung PI.

meeting2

Antara ulasan yang bakal kami ambil tindakan terus ialah berkaitan dengan cadangan mewujudkan komuniti celik IT, usahawan atas talian secara berterusan dan sebenarnya memang program sebegini telah lama pihak PI adakan dan kami telah war-warkan kepada penduduk setempat tetapi mungkin di sebabkan kurangnya sistem penyampaian yang tidak jelas akhirnya promosi dan program ini tidak sampai ke pihak JKKK Felda Bukit Puchong.

Bagi cadangan yang di utarakan oleh Penaung PI iaitu Encik Misbari Bin Nazir (Pengurus Felda Bukit Puchong) yang ingin melihat pihak PI menghias kawasan persekitaran dengan tanaman bunga, kami telah mulakan inisiatif menanam bunga di sekitar kawasan secara berperingkat.

meetingpi1m3

Di akhir segmen mesyuarat, kami telah menjemput semua ahli Jawatankuasa PI Felda Bukit Puchong melawat operasi PI yang baharu dan melihat sendiri kemudahan infrastruktur atau peralatan yang telah di sediakan sebelum jamuan minum petang mengambil tempat.