Dengan segala hormatnya, di maklumkan kepada seluruh warga komuniti penduduk Felda Bukit Puchong untuk membuat permohonan baharu dan kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 di kini boleh di buat di Pusat Internet Felda Bukit Puchong.
Tujuan Pusat Internet Felda Bukit Puchong menyediakan perkhidmatan kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 adalah kerana kami banyak menerima permintaan dari warga penduduk sendiri yang rata-ratanya mempunyai kesukaran terutamanya warga emas untuk pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Daerah Temerloh yang jaraknya sahaja lebih kurang 65 km dari sini.
Untuk itu, kami telah memulakan inisiatif ini sejak seminggu yang lalu setelah memahami proses dan SOP Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memudahkan warga penduduk untuk memohon bantuan tersebut.
Bagi permohonan baharu dan kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 ini telah di buka dari 01 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019 dan untuk itu, kami menjemput seluruh warga penduduk yang layak terutamanya warga emas datang sendiri ke Pusat Internet Felda Bukit Puchong dengan membawa dokumen-dokumen peribadi seperti kad pengenalan pasangan, sijil nikah kahwin, sijil kelahiran anak-anak dalam tanggungan dan maklumat perbankan untuk di lampiran dalam permohonan atas talian kelak.
Kami juga ingin menyeru kepada warga penduduk Felda Bukit Puchong agar menwar-warkan berita ini agar tiada pihak yang terlepas pandang untuk mendapatkan bantuan tersebut.
FOTO