harigurutabika1

Pada tarikh 22 Mei 2015, pukul 9.00 pagi telah berlangsungnya sambutan Hari Guru Tabika KEMAS peringkat Felda Bukit Puchong.

Tujuan program ini dijalankan adalah sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan guru dalam mendidik para pelajar.

harigurutabika2

Bagi memeriahkan aktiviti sepanjang program yang berlangsung, pihak TABIKA KEMAS telah mengadakan pertandingan mewarna bagi pelajar tabika, pertandingan mencipta kad Hari Guru bagi ibubapa/penjaga & jamuan makan.

Di kesempatan program tersebut para pelajar tabika dapat menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan atau mencipta kad Hari Guru sebagai tanda penghargaan mereka kepada guru yang terlibat.

harigurutabika3

Ibubapa para pelajar juga di beri kesempatan menunjukkan kreativiti dalam mencipta kad Hari Guru selain dapat menjalinkan hubungan yang baik barsama guru & ibubapa/penjaga lain.

Program tersebut berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi dan ucapan penutup oleh Pengerusi Tabika KEMAS Felda Bukit Puchong iaitu Tuan Haji Muhammad Amin Bin Sardi mengambil tempat.

harigurutabika4

Selepas itu upacara penyampaian hadiah bagi pemenang dan jamuan makan bagi meraikan para guru TABIKA dan para ibubapa yang hadir menutupi program tersebut