SUKANTARA TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT PUCHONG KALI KE-34

TARIKH : 11 FEBRUARI 2020

MASA : 07.30 PAGI – 01.00 PETANG

LOKASI : PADANG SEKOLAH SK FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : SELURUH PELAJAR RUMAH SUKAN

TUJUAN

Program sukantara tahunan Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong kali ke-34 ini telah di rasmikan oleh Pengerusi JKKK Felda Bukit Puchong iaitu Tuan Haji Muhammad Amin Bin Sardi.

Acara tahunan ini di adakan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat para pelajar sekolah rendah dalam bidang sukan dan ada di antaranya terpilih dalam sukan-sukan yang di pertandingkan bagi mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagi memeriahkan program sukantara tahunan ini pihak sekolah telah menjemput beberapa pasukan sekolah lain untuk bertanding bagi menguji pasukan masing-masing.

AKTIVITI

Acara sukantara ini dipecahkan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan pertama ialah pelajar pra-sekolah 5 dan 6 tahun, kumpulan ke-2 ialah pelajar darjah 1 dan 2, kumpulan ke-3 ialah pelajar darjah 3 dan 4 dan kumpulan ke-4 ialah pelajar tahun 5 dan 6.

Turut di senaraikan juga acara yang melibatkan ibubapa pelajar bagi tujuan memeriahkan lagi program sukantara tahunan ini.

Selain daripada itu, terdapat gerai jualan makanan dan minuman bagi penonton yang hadir ke program sukantara tersebut.

FOTO

(Sumber foto dari FB SK Felda Bukit Puchong)

0000000sukan1

0000000sukan2

0000000sukan3

0000000sukan4

0000000sukan5

0000000sukan6

0000000sukan7

0000000sukan8