TARIKH : 16 MEI 2018
MASA : 09.00 – 01.00 TENGAHARI
LOKASI : SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT PUCHONG
PESERTA : PELAJAR SEKOLAH DAN GURU
PROGRAM : SAMBUTAN HARI GURU 2018
TUJUAN
Sambutan Hari Guru di sambut setiap 16 haribulan Mei setiap tahun dan sudah tentu tujuan sambutan hari tersebut adalah untuk memberi penghargaan dan penghormatan dari para pelajar kepada guru-guru atas jasa mereka yang boleh di ibaratkan sebagai lilin yang sanggup dibakar untuk memberi cahaya kepada kehidupan.
Bagi tahun ini atau 2018, tema Hari Guru adalah Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.
AKTIVITI
Bagi memulakan aktiviti, guru-guru di kehendaki berpakaian mengikut tema yang di beri iaitu “Tema Padang Pasir atau Pakaian Arab).Untuk itu, setiap guru akan membuat persembahan berdasarkan tema yang di beri.Para pelajar akan menilai sendiri markah untuk guru-guru yang berpakaian mengikut tema.
Seterusnya acara anugerah bagi Guru Penyayang, Guru Paling Cantik, Guru Paling Garang, Guru Paling Popular dan lain-lain lagi.Untuk sesi penjurian markah kategori tersebut, para pelajar akan mengundi sendiri dan pemenangnya akan di ketahui apabila undi terbanyak di umumkan.
Acara terakhir adalah acara sukaneka, di mana guru-guru ini bertanding sesama mereka dan di sinilah kemeriahan sangat di rasai di mana para pelajar akan menyorak untk guru-guru mereka.
FOTO