GERAKAN PERSATUAN WANITA (GPW)

Gerakan Persatuan Wanita (GPW) merupakan sebuah persatuan atau perkumpulan yang dianggotai oleh kesemua warga wanita Felda Bukit Puchong (isteri-isteri peneroka). Gerakan Persatuan Wanita ini sangat aktif dalam mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan ia diakui sendiri oleh ahlinya. Selain melakukan aktiviti setempat, pergerakan ini selalu di jemput untuk melakukan aktiviti bersama agensi seperti FELDA, Kerajaan dan pihak swasta di Felda Bukit Puchong. Jawatankuasa pergerakan ini diketuai oleh seorang pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, bendahari dan 18 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil 22 blok di setiap peringkat.

MATLAMAT

  • Membantu JKKK dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan di kampung.
  • Menambahkan lagi pengetahuan wanita di desa ini dari segi pendidikan agama, pengurusan rumahtangga dan pembangunan modal insan.
  • Memberi peluang yang sama kepada wanita di desa supaya mempunyai daya saing yang tinggi dengan wanita di bandar.
  • Menggalakkan wanita supaya menceburi bidang keusahawan secara kecil-kecilan bagi menambahkan pendapatan keluarga.
  • Mengalakkan wanita supaya menyertai badan sukarela dan amal bagi menyatupadukan semua lapisan masyarakat di desa.
  • Memberi pengetahuan dalam pengurusan kesihatan keluarga (amalan pemakanan yang seimbang dan kebersihan).
  • Mewujudkan keluarga bahagia.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KEPIMPINAN GERAKAN PERSATUAN WANITA JKKK FELDA BUKIT PUCHONG

BIL                NAMA                           JAWATAN

1     PN. ZAINUN BT. SULAIMAN  :      PENGERUSI

2     PN. YUSNI BT. HARUN SHAH        :      SETIAUSAHA

3     PN. HJH. MAIMUNAH BT. ABU       :      BENDAHARI

4     PN. CHE OM BT. JUSOH       :      BIRO SOSIAL

5     PN. HAMSIAH BT. IBRAHIM  :      BIRO KECERIAAN

6     PN. AZIZAH BT. MOHD NOR :      BIRO PENDIDIKAN

7     PN. HANSIAH BT. ISMAIL    :      BIRO EKONOMI

8     PN. MAZNAH BT. ABD. HAMID      :      KETUA BLOK 1/1

9     PN. HJH. MAIMUN BT. BUTUN       :      KETUA BLOK 2/1

10    PN. HJH. CHE GAYAH BT. DARUS  :      KETUA BLOK 3/1

11    PN. HABSAH BT. ZAINI        :      KETUA BLOK 4/1

12    PN. SENAH BT. MUSTAPA    :      KETUA BLOK 5/1

13    PN. HJH KAMINAH BT. ABU  :      KETUA BLOK 6/1

14    PN. KAMSIAH BT. MOHD SAAT     :      KETUA BLOK 7/1

15    PN. HJH. CHE PUAN BT. HASHIM   :      KETUA BLOK 8/1

16    PN. ROHANA BT. GHANI      :      KETUA BLOK 10/1

17    PN. HJH. MAZALAH BT MOHAMAD :      KETUA BLOK 3/2

18    PN. MAZNAH BT. AHMAD     :      KETUA BLOK 5/2

19    PN. SARIMAH BT.HASSAN    :      KETUA BLOK 7/2

20    PN. ROFEAH BT. AHMAD      :      KETUA BLOK 1/3

21    PN. AMINAH BT. OTHMAN    :      KETUA BLOK 2/3

22    PN. ZAINUN BT. MADUN      :      KETUA BLOK 3/3

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

  • Mengadakan Ceramah Agama setiap minggu di dewan serbaguna (setiap hari Rabu).
  • Mengadakan gotong-royong setiap minggu (tempat-tempat awam).
  • Mengadakan kelas-kelas bimbingan untuk para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan (UPSR, PMR, SPM).
  • Menganjurkan sambutan Hari Wanita pada setiap tahun, peringkat kampung.
  • Mengadakan senamrobik pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.
  • Menghantar ahli-ahli berkursus atau seminar yang berkaitan dengan pembangunan wanita.
  • Menjalankan aktiviti pembuatan kuih tradisional seperti dodol, rempeyek dan bahulu.