sebenarnya1

TARIKH : 23 & 24 FEBRUARI 2018

MASA : 07.00 PAGI - 12.00 MALAM

LOKASI : PERKARANGAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA BANDAR 32

PESERTA : KOMUNITI BANDAR 32

 

 

TUJUAN

Program Karnival Jelajah sebenarnya.my dengan tema “Tidak Pasti jangan Kongsi “ adalah program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua warga pengguna media sosial terutamanya seluruh penduduk di sekitar Bandar 32, Felda Sebertak dan Felda Tementi supaya tidak mempercayai berita-berita yang tular dan sensasi sebaliknya komuniti pengguna hendaklah menyemak kesahihan berita tersebut di portal sebenarnya.my.

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti yang di susun dan sediakan selama 2 hari program tersebut seperti Pameran portal sebenarnya.my dengan tema “Tidak Pasti jangan Kongsi “, Senamrobik/Zumba, Pertandingan Futsal, Aktiviti Berbasikal, Pertandingan Membina Lego, Forum Bicara Perdana dan Cabutan Bertuah.

Program Karnival Jelajah sebenarnya.my ini bakal di rasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajjah Shahaniza Binti Shamsuddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.

 

FOTO

sebenarnya2

(Turut di paparkan di surat khabar Sinar Harian, Edisi 22 Febuari 2018 Pantai Timur/Pahang)