keceriaankebersihan1

Pada tarikh 7 November 2015 yang lalu, bertempat di perkarangan kawasan PI Felda Bukit Puchong telah berlangsung satu program Menanam Bunga di kawasan persekitaran PI.

Tujuan program ini di adakan adalah untuk menambahkan keceriaan dan kebersihan PI yang telah beroperasi di kawasan baharu.Selain daripada itu, program ini adalah kesinambungan aktiviti yang telah di cadangkan oleh Penaung PI Felda Bukit Puchong iaitu Encik Misbari Bin Nazir pada mesyuarat bersama ahli jawatankuasa PI pada tarikh 12 Oktober 2015 yang lalu.

keceriaankebersihan2

Bagi aktiviti menanam bunga tersebut, petugas PI telah memilih beberapa baka atau jenis tanaman yang sesuai di tanam di kawasan PI dan selain daripada itu, petugas turut menyediakan batas serta baja asas bagi memudahkan proses penanaman bunga tersebut.

Untuk aktiviti menanam bunga tersebut, kami iaitu petugas PI berasa sangat bertuah kerana semasa peringkat menanam pokok bunga di jalankan hujan sentiasa turun dan ini memudahkan pokok bunga tumbuh dengan subur sekali.

keceriaankebersihan3