PROGRAM PROMOSI E WASTE DI PUSAT INTERNET FELDA BUKIT PUCHONG

Program promosi dan pendidikan E-Waste di Pusat Internet Felda Bukit Puchong sentiasa di adakan bagi mendedahkan generasi golongan muda seperti pelajar sekolah rendah dan menengah dengan pekara tersebut.

Untuk itu, pihak Pusat Internet Felda Bukit telah menyediakan beberapa kotak atau tong pengumpulan yang mana setakat ini sambutan agak menggalakkan dari masyarakat setempat di mana kami menerima bahan lupus elektronik atau peralatan elektronik yang rosak dalam kuantiti yang agak banyak juga.

Mungkin ada di kalangan kita semua agak skeptikal dengan perkataan e-waste ini dan sebahagian besar kita mungkin kali pertama mendengarnya, oleh itu kami akan menyediakan beberapa maklumat asas termasuklah paparan youtube bagi memahami apa yang di katakan dengan Program E-Waste ini.

““E-waste tu apa?

E-sisa atau E-waste adalah perkataan yang digunakan di seluruh dunia dan masalah e-waste ini masih lagi tidak dapat ditangani malah, masalah pembuangan e-waste ini semakin meningkat di serata pelusuk dunia. E-waste atau juga dikenali sebagai e-sisa adalah bahan buangan atau sisa elektrik dan elektronik yang tidak lagi digunakan. Di Malaysia, E-waste diberikan kod sebagai SW110.

Dalam kata lain:

   “SW110 atau e-waste ditakrifkan sebagai buangan daripada pemasangan elektrik dan elektronik yang mengandungi komponen seperti akumulator, suis raksa, kaca daripada tiub sinar katod dan kaca teraktif atau kapasitor bifenil terpoliklorin yang lain, atau yang dicemari dengan kandungan kadmium, raksa, plumbum, nikel, kromium, kuprum, litium, perak, mangan atau bifenil terpoliklorin” (Rakan Alam Sekitar)””

Di petik dari halaman https://usedcomputer.com.my/blog/apa-itu-e-waste/