iklanpertandinganmerdekapahang

Adalah dimaklumkan bagi Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang Tahun 2016 akan diadakan satu Pertandingan Infografik & Klip Video Pendek Merdeka 2016.

Pertandingan tersebut bermula pada 25 Ogos 2016 sehingga 12 September 2016.

PENGENALAN:

‘Pertandingan Mencipta Infografik dan Klip Video Merdeka 2016’ adalah satu

pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan

untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk kreatif bermaklumat. Tema

pertandingan adalah ‘Sehati Sejiwa’.

Objektif pertandingan adalah:

1. Memupuk minat dan kreativiti dikalangan rakyat dalam mempromosi

perpaduan, semangat kemerdekaan dan semangat 1Malaysia melalui

media sosial.

2. Mencetus keterujaan dikalangan rakyat terhadap potensi dan peluang

dalam industri kandungan kreatif.

3. Mendidik semua tentang semangat patriotik dan menghargai sumbangan

kemerdekaan terhadap kemajuan Negara.

MAKLUMAT PERTANDINGAN:

1. Pertandingan bermula dari 25 Ogos 2016, dan tarikh tutup pada 12

September 2016.

2. Pertandingan adalah secara individu dan berlatarbelakang sambutan

perayaan bulan kemerdekaan.

3. Penyertaan hendaklah dimuat-naik ke akaun ‘Facebook’ antara 25 Ogos

2016 hinga selewat-lewatnya pada 12 September 2016 jam 11.59 malam.

4. Setiap penyertaan hendaklah memastikan tiada sekatan (privacy) di

Facebook dengan menjadikan kandungan tersebut “open to public”.

5. Penilaian akan dilakukan berdasarkan kepada keasliaan, teknik, kreativiti

dan keupayaan menyampaikan mesej secara kreatif.

SYARAT PENYERTAAN:

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berasal atau tinggal menetap di Negeri Pahang.

2. Penyertaan adalah secara individu dan berlatarbelakang sambutan perayaan bulan kemerdekaan.

3. Penyertaan adalah secara percuma.

4. Setiap individu boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

5. Penyertaan hendaklah dimuat-naik ke akaun ‘Facebook’ masing-masing bermula 25 Ogos 2016 hingga selewat-lewatnya pada 12 September 2016 jam 11.59 malam.

6. Penyertaan yang dimuat-naik lewat dari masa yang ditetapkan tidak akan diterima.

7. Produksi hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dalam suasana sambutan kemerdekaan dan tidak menyinggung mana-mana pihak.

8. Produksi mestilah karya asli peserta dan tidak pernah disiarkan dan menyertai mana-mana pertandingan sebelum ini.

9. Peserta hendaklah menggunakan (#) HASHTAG: #PahangKu #PahangKuMedia #SehatiSejiwa #Merdeka2016 bagi setiap penyertaan.

10. Peserta bebas menggunakan sebarang aplikasi dan perisian bagi kerja-kerja suntingan.

11. Kandungan Infografik dan klip video pendek hendaklah dalam bahasa Melayu.

12. Infografik mestilah tidak melebihi 20 patah perkataan sahaja.

13. Penyertaan bagi infografik adalah bersaiz bebas asalkan jelas dan terang.

14. Setiap infografik mestilah disertakan logo dan tema Hari Kebangsaan 2016 di mana-mana sudut grafik berkenaan.

15. Penyertaan bagi klip video hendaklah berdurasi diantara 1 - 2 minit (60 hingga 120 saat).

16. Setiap penyertaan klip video pendek hendaklah disertakan logo dan tema Hari Kebangsaan 2016 di akhir klip video tersenut .Hak cipta produksi adalah hak milik peserta, bagaimanapun pihak penganjur atau mana-mana pihak yang dilantik oleh

17. Penganjur berhak menggunakan dan menyiarkan produksi tersebut pada bila-bila masa diperlukan.

18. Penganjur atau mana-mana pihak yang dilantiknya berhak melakukan suntingan semula terhadap infografik dan klip video bagi apa-apa tujuan.

19. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan (termasuk copyright) berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak

20. Penganjur tidak akan bertanggungjawab menanggung sebarang kos ataupun kerugian yang ditanggung oleh peserta.

21. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

22. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya karya tidak asli/diciplak.

HADIAH:

Hadiah-hadiah bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

 Hadiah Pertama : RM3,000.00

 Hadiah Ke-2 : RM2,000.00

 Hadiah Ke-3 : RM1,000.00

 7 Hadiah Saguhati (Setiap Satu)

20 peserta terbaik bagi setiap kategori akan diumumkan pada sambutan Hari Malaysia dan juga dihubungi melalui (Messenger) akaun Facebook masing-masing. Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis yang bakal diadakan selepas sambutan Hari Malaysia Tetamu kehormat pada Majlis tersebut adalah YAB Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang.

PERTANYAAN:

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi;

Sekretariat

Pertandingan Infografik dan Klip Video Pendek Merdeka 2016

En. Mazli Haji Hamdan - 019-3925726 (JaPen Pahang)

En. Abd Azam Abd Rahman - 019-9657388 (Pahangku Media)

En..Mohd Zamri Kames - 019-9196803 (Jasa)

Puan Sharifah Nur Shahieda Syed Nurdin - 013-9133593 (MCMC)

En. Mohd Amir Rul Ikhwan Mohd Yanun - 013-2563616 (JaPen Pahang)

(Akaun Facebook Sekretariat)

 

NOTA

Ini adalah mesej dan hebahan umum dari Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Timur