sukanrakyat1

Pada 10 Oktober 2015 yang lalu, bertempat di Padang Awam Felda bukit Puchong telah berlangsungnya satu program Sukan Rakyat Peringkat Felda Bukit Puchong.Program ini adalah salah satu inisiatif yang di ambil oleh pihak JKKK Felda Bukit Puchong bagi menjayakan program yang telah diatur oleh pihak kerajaan bersempena dengan Sambutan Hari Sukan Negara 2015.

Segala acara yang telah di rancang bermula sekitar pukul 02.30 petang di mana pihak penganjur iaitu JKKK Felda Bukit Puchong mengalu-alukan kedatangan para peserta yang terdiri daripada penduduk Felda Bukit Puchong dari pelbagai golongan umur dan jantina.

Bagi acara yang melibatkan kanak-kanak khasnya para pelajar sekolah tadika dan pra, acara yang di pertandingkan ialah acara Cari Gula Dalam Tepung dan Bawa Bola Pingpong Dalam Sudu.

sukanrakyat2

Manakala bagi acara yang melibatkan kanak-kanak berusia tujuh tahun keatas terbuka, acara yang di pertandingkan ialah acara Kayuh Basikal Paling Lama dan Tiup Belon.

Bagi kategori lelaki berpasukan, acara yang dipertandingkan ialah Bola Sepak Berpelikat dan bagi acara individu pula cara Bowling Kelapa dan Bola Jaring.

Penglibatan pihak PI1M Felda Bukit Puchong dalam program tersebut adalah secara sukarelawan di mana kami telah di minta sendiri oleh pihak JKKK bagi membantu menjayakan program tersebut ternyata sangat berbaloi kerana ianya sangat meriah.

sukanrakyat3

Program ini berakhir kira-kira pukul 6.30 petang di mana segmen penyampaian hadiah kepada para peserta yang menang dalam kategori yang dipertandingkan oleh Pengerusi JKKK Felda Bukit Puchong iaitu Tuan Haji Muhammad Amin Bin Sardi mengambil tempat.